Friday, July 2, 2010

Budak Baru nak Belajar Driving

8.30 am

(Irama lagu sleeping gudnite) dalam human language berbunyi "tidurlah sayangku, tidurlah dengan tenang". Wey, patut ke saya bangun dengar muzik lagu ni? Maka selimut,
datanglah padaku.


10.00 am

Dia bunyi lagi. Tiba-tiba teringat pesanan Acu, pergi lah pagi, petang sure hujan punya. Okay, bangun sekarang! Berwangi-wangian dengan bedak johnson & johnson. Ina, pinjam kasut best. Amek la. Thankyou! (dialog dalam hati kecil).





10.30 am

Ketibaan di stesen LRT. Alamak. Mana nak cari driving school ni? Selalu naik LRT kat atas boleh nampak jelas. Bila dah sampai kat atas tanah, tak nampak pula. Okay, buat muka cool supaya orang takde chance nak tipu. Teksi! Pakcik, mana tempat belajar driving? Pakcik teksi: Tu, dekat celah2 batu tu, belakang dia. Mak aih! Patutla tak nampak. Bincang panjang-panjang lebar, saya cuma nak tau fees je kak. RM845. Okay lah, daftar! Desperate nak guna kereta ni. Penat menunggu teksi dan tukar LRT untuk ke tadika. Okay, dah dapat kad pelajar.



Tarikh mula pergi amali 3jam, semalam dah fix 4hb. Julai, tapi banyak la pula kerja hari ahad ni. Postpone jelah minggu depannya. Dan, kakak pesan bawak kad biru tadi, duit, dengan gambar passport. Alamak. Ni yang malas ni nak gambar. Jom punggah kotak cari mana yang sesuai.

Gambar pertama. Umi berumur 12 tahun.


Gambar kedua. Umi berumur 17 tahun.


Gambar ketiga. Umi berumur takde tahun.


Okay. Lupa tangkap gambar passport baru.

11.30 am

Tiba di rumah. Perut sangat lapar. Apa kata kita berjimat hari ni. Jom masak!


Menu utama


Menu harus : vege


Menu tepi : untuk kenyang


Mari makan. ^____^



2 comments:

Moumo said...

muke tidak bolah menahan sy dr gelak

Umi Nadiah said...

mari gelak bersama.. huhahuha