Sunday, August 8, 2010

SELAMAT HARI JADI ANAK BUAH



Nama : Alisa
Umur : 1 tahun, 1 hari
Tarikh lahir : 07/08/09
Masa lahir : lebih kurang 5.00 am
Hobi : Lompat-lompat
Pengalaman manis : Jumpa maksusu (hihihi)
Pengalaman pahit : Guling-guling atas katil sampai jatuh bunyi dengan kuat sekali

Selamat harijadi ALISA! Cepat betul dia besar dah. First and last time tengok dia masa umur dalam 5 bulan kot. Masa tu dukung dia, sangatlah ringan rasa macam rindu nak main bola tampar je. Tiba-tiba umur dia dah jadi setahun. Membesar dengan begitu cantik dan amoi sekali. Maksusu dengan acuman tolong sambut birthday lisa dari jauh yer. Heee.

Saturday, August 7, 2010

SUPER DUPER YOKO YOKO




Hari : Jumaat
Pukul : 9.00 am

Okay, memang obvious gila tipu kot tang pukul tu kan. Bajet datang office seylak pintu besi on lampu on network terus duduk tanpa bancuh kopi brand jazz yang rasa macam herba terus buat kerja la kan. Itu la hakikat seorang yang bergelar PA kepada miss MANAGER. Most of the time memang harus begini lah jika target kau nak keluar office on time pukul 7.00pm. Tambahan pula dengan kerja 3 orang dicampak kepada kau, cuba kau bayang betapa senget sebelahnya bahu kau tu. Super duper busy day. Memang nekad tak nak surf internet pun even masa lunch break. Itulah yang terjadi semalam. Namun sebelum mula kerja, harus check email dulu. Outlook pula sangatlah slow emosinya ketika itu. Dan, saya terima sehelai warkah betul ke sehelai? ke sekeping?

Kihkihkihh...Sangat menghiburkan hati walaupun takda apa sangat kan. Tapi percayalah bila kita dalam keadaan jadual terlalu pack dan tiba-tiba dapat surat sedikit sebanyak terhibur juga rasa hati. Hakikat yang sebenarnya kita memang perlukan seseorang untuk kita berkomunikasi walau tabah dan sabar mana pun kita hadapi cabaran hidup. Wah kerja pun dikira cabaran hidup ke. Cubaan yang bagus untuk nasihat. Tapi still kau takda skill tu umi. Okay sebelum merepek lebih panjang, bye!



Nah! Nak lari mana tu, tengok dulu sini haa