Wednesday, July 11, 2012

Untuk PICNIK users : PIXLR Photo Edito Online

Salam.


Hai. Hari ni ada pertemuan baru. Disebabkan insufficient software dekat office baru ni, maka kerja saya online online dan terus online mencari software-software freeware bagi mengisi masa lapang ketika tiada tender masuk. Target harini adalah mencari photo editor yang sesuai untuk amateur dan tak amateur. Terjumpa http://pixlr.com yang quite similar dengan Photoshop tapi separa amateur version. 



Pixlr ni ada dua editor macam kat bawah ni: 

- Open photo editor : ala-ala photoshop
- Retro vintage effect : yang ni senang aje. Upload gambar, klik untuk pilih effect je. Siap. Mudah kan?



 ::nampak tak note merah kat bawah tu --> terkena batang hidung saya. 
Korang pun mesti terasa kehilangan picnik kan? ::



Open photo editor




 Retro vintage effect




:: BEFORE ::




 :: AFTER ::





 :: Lagi AFTER ::



Eperience it yourself, u'll see the use! Happy trying!!


 xoxo Gossip Girl :)

Tuesday, July 10, 2012

A One-Slice-Surprise

Surprise!! Happy birthday to you. Happy birthday to you. "eh, birthday sapa plak ni?" Happy birthday to UMI. Alamak, malunya saya. Ingatkan ada birthday orang lain yang asalnya ada empat orang kesemuanya berbintang CANCER di office ni. Tapi yang lainnya belasan haribulan. So, yeah, this piece is mine!!

Walaaa...



Maka bermulalah pesta gedik berposing sambil orang lelaki yang konon tak suka bergambar tolong snap picture. Dimulakan dengan testing gambar.



K.Linda: Umi tangkap gambar apa kat atas tu?
Umi: Tengah nak cari angle ni.
Mastura: Senyum je kak. (Peace!)




Arip (rambut kurang) : Ko nak buat apa ni Mas? Suap aku ke?
Mas : Alaa...Pose aje. Bukan betul betul. Takpelah, jarak 1 meter.
Asri (rambut lebat) : Takda sape nak suap aku. Takpelah, aku bahagia dengan cheese cake aku sorang2 makan.




Kamilah bungas penyeri office. Tanpa kami, kuranglah seri sinaravia.
Maka harus ambil gambar memori bersama.


Semakin mengganas.




Selesai berparti, Mastura memulakan misi mengaler muka saya. 
"Umi, pinjam muka. K.Linda nak tengok mekap."
 "Ok." 



MUA sinaravia. Masuk ini, kali kedua saya dimekapkan. Pasrah. 




Pagi ini, colonel masuk office setelah sekian minggu bertapak di Russia. Namun tidak dilupakan anak anak buah kesayangan di office. Dibawakan sebekas Russian CHOCOLATE COATED NUTS.  "Abah" saya kan. Hehe. Gelaran yang diberi Arip kerana jeles dengan layanan colonel terhadap saya sejak saya menjejakkan kaki di sinaravia. Layan..


:: the whole piece inside was nut. Nice! ::

Sunday, July 8, 2012

Umi Budak Jahat di tempat baru



Assalamualaikum.

Sebenarnya nak kata baru sangat tu, takda lah kan, dah busuk dah pun kat office ni. Location dia Bukit Jalil which is sangat lah sekangkang kucing aje dari rumah bujang saya. Tapi still kena drive lah. Kan best kalau ada driver. Oh ya, boss saya sedang mencari personal driver. So pada sesiapa yang takda koje asyik skodeng blog aje, meh la hantar resume. Ciri-ciri utama yang dicari : tahan maki. hehe. Okay, ini iklan semata.




  
::Ni workstation tumpangan saya. hihi. Tumpang ye, Mejar Azmi ::



Setakat ni saya masih lagi dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Maka harusla tunjuk etika yang baik walaupun pernah boss masuk office dulu sebelum saya. Hehe. Itu perkara biasa. Boss pun cari saya awal2 pagi tu bukan apa, nak minta ajarkan download lagu dari Youtube. Aduhai. Comel kot dia cakap nak "record lagu". Mula-mula blur juga dah kenapa boss ni nak buat album ke main rekod-rekod bagai. Rupanya nak "download". T_T. Maka diajarkan la pada boss ni. Tiga pat kali juga lah nak tunjuk dan suruh dia test (thanks to Futurekids sebab bagi ilmu seorang guru komputer pada saya). Lepas tu, saya balik la ke tempat kerja saya. Ingat dah selesai tugas pagi tu. Rupanya, intercom asyik berbunyi-bunyi. Tak sempat jawab, boss suruh secretary dia panggil "budak jahat" naik atas. Secretary @ Kak Linda mulanya bingung lah siapa budak jahat. Habisla diteka staf laki-laki kan. Rupanya, nama "Umi" yang keluar. Aduss. Kenapa saya budak jahat?? Anyway, saya tak makan hati pun sebab saya dah kenal perangai boss. Saya rasa perangai dia tu masih comel macam kanak-kanak. Namun kanak-kanak pun kadang-kadang annoying juga kan.






:: BudakJahat. Layan ye ::




:: Ini view office tingkat bawah sekali. Tempat kebanyakan staff kerja dan lepak ::



:: tempat mentekedarah. tapi boss je rajin duk sini kot sebab level dia ::



:: jom naik tingkat atas sekali ::







Decor dan struktur bangunan office ni memang menjadi kegemaran sebab diterapkan rekabentuk dan dekorasi moden. Rumah impian saya, namun hanya mampu jadi office impian sahaja setakat ini. Akan diusahakan masa akan datang. Dan di sinilah tempatnya dugaan yang banyak ketika berpuasa sebab setiap bulan kami akan shopping stok makanan yang banyak untuk semut-semut di dalamnya. Hehe.


Akhir sekali, mesti rindu dengan saya kan. Nah, amek ni!


 :: Ntah kenapa tiba-tiba teringin pakai baju kotak-kotak ni.
Colleague dok usik saya dgn buat gaya Najwa Latif bersama gitar nyanyi lagu Muka buku::


Okey, enjoy touring my new working place! Bye.


Friday, July 6, 2012

I'm 25 today!!









::Lukisan ini khas untuk diri sendiri ::


Harini umur saya berkurang setahun lagi. Saya happy dengan angka 25 sebab saya rasa saya dah cukup dewasa untuk kahwin. Haha. Takda, bukan sebab tu. Tapi, saya berasa tahun ni akan menjadi tahun yang paling bermakna dan tahun bermulanya proses penghijrahan saya yang InsyaAllah akan kekal :) 

Siapakah peng'wish' verbal pertama? haruslah sang cinta hatiku. Tepat jam 12.05am 6th July 2012 (waktu BB umi), ketika mata hampir kuyu, satu panggilan masuk diterima. Tiada helo, tiada hai, terus kedengaran lagu happy birthday yang setahun sekali je dapat :) . Kemudian, masuk office dan terima lagi wish verbally dari Mastura dan K.Linda. Saya malu tak tahu kenapa. Hihi.



Dan tak lupa juga terima kasih untuk kaum keluarga serta sahabat-sahabat FB yang masih care to klik dekat birthday notification dan straightaway spend as little time as 1sec untuk tulis HB. Hehe. Saya faham masa anda sangat berharga. Terima kasih FB kerana berjaya menggembirakan saya harini :)

Hidup mesti diteruskan seperti sediakala. Looking forward to upcoming days full of happiness.