Monday, April 25, 2011

KOMPUTER@KIDS ON 2 VERSI HANCUS



Ohh... terlalu rindu untuk abaikan UMIISSAYA selama sebulan! Jam 3.24 am sekarang tapi masih lagi terlalu ego untuk tidur sebab BESOK CUTI!! Maafkan saya sebab dah buat awak awak jealous :D Baiklah, sempena hari ini berniat nak puasa, saya dengan baik hatinya nak share dengan awak awak semua pasal kejadian tahun lepas 2010.




Tahun lepas pernah terlibat dalam casting TV show untuk kanak kanak. Pernah dengar tak Kids on 2? Kalau tahun lepas dia tayang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tahun ni pula tak tahu bila. Tapi yang pastinya dah takda segmen Komputer@Kids On 2. T_T




Okey, saya masa tu cuma casting aje. Bersama seorang lagi teacher Futurekids. Selesai 4 slot saya buat, akhirnya teacher yang seorang lagi tu terpilih. Siapalah saya. Heee.. Gedik kan nak sedih pulak. Sebenarnya nak cerita pengalaman ni, perasaan nak casting tu sama je macaam perasaan saya nak exam. Sangat tak suka perasaan tu T_T






Yer..yer. Saya tahu sangat huduh saya masa tu sebab tak pandai cakap. Nak buat macam mana, saya bukan pemidato sekolah, bukan ketua pengawas, even pengawas pun bukan.

Okey, meh nak cerita ni. Sebelum camera on, kami diberi masa dalam 10minit aje untuk mencipta skrip bersama (cikgu dan pelajar). Dengan cameraman kat depan kau ramai gila dok menunggu, siapa tak gelabah dik non oii. Ingat kau ni artis ke? Dan kau tahu apa yang paling mencabar sekali pada Cikgu Umi tu? Bila nak kena translate habis semua ayat from english to Malay! Omaigosh! Awok dah la biasa mengajar in english aje. Button=butang? butang baju ke? Sudahla gemuruh gila depan kamera, kena hafal skrip BM pula. Kalau awok perasan, saya ada tersebut "the software" suddenly dalam tengah dok cakap melayu tu. T_T



Rancangan selama 2minit mengambil masa 2 jam untuk shooting? Sangat huduh perangai ye cikgu umi. Namun, segalanya dah berakhir. Saya tidak akan sekali lagi berkecimpung dalam bidang ini. Dowant dowant!



Dah taknak cakap lagi. Bye!