Monday, March 28, 2011

1st STAGE SIAP!

Pfft...! *ni bunyi orang penat*. Selesai sudah stage pertama permulaan bisnes yang diberi nafas baru. Dengan kerjasama seorang rakan sekerja akhirnya dengan lafaz Basmalah mari doakan supaya kami akan konsisten dalam bidang perniagaan ni. Motif utama adalah ingin berkongsi ke'obses'an terhadap barangan yang sangat cute masa kini. Kedua, ingin menghasilkan barangan hand-made yang mana mempunyai nilai2 kreativitinya tersendiri serta kelihatan unik.


Oh ya. berkata mengenai hand-made ni, saya ada bercita-cita nak mengikuti kursus jahitan. Memang ada gaya seorang surirumah kan saya ni? Mungkin betul nama kita melambangkan diri kita. UMI=ibu saya. Jadi, ianya kelihatan seperti ibu yang sempurna jika saya dapat menyediakan keperluan anak-anak saya akan datang. Nanti budak budak biasalah, kejap kejap tunjuk seluar koyak, suruh ibu jahitkan. Nak masuk pertandingan bercerita, suruh ibu buatkan baju. Ye, saya harus bersedia untuk itu.



Di samping itu, saya ingin mencuba mengkomersialkan hasil kerja tangan saya di samping berkongsi kepuasan itu dengan orang ramai. Wah gitu cita-cita saya.



Oh ya, pagi tadi saya telah setelkan shooting untuk promosi barangan pertama kami, beg MAIKA ETNIK. Mungkin dalam sehari dua lagi akan dipostkan gambar gambar tersebut ke dalam blogshop TWEETLOOK. BIG credit kepada puan photographer harini iaitu partner bisnes, Qusha kerana berjaya meng'shoot' gambar melalui sudut-sudut yang terbaik. Till then.




-WRITE LATER-

XOXO

BUSY 4 NEW LAUNCHING

Umi is saya. Pls remember that UMI! Semenjak dua menjak ni tersangat busy dengan blogshop baru. Still dalam progres. Namun stock DAH SAMPAI! Sangat MENARIK rasa taknak jual, nak simpan semua buat koleksi! Ladies semus, jom cuci mata sikit ;p



JUMPA DI SANA!

Saturday, March 19, 2011

SATAY KAJANG @ TAIPING







Taiping MY HOMETOWN. Setiap kali balik Taiping je, mesti ada kejutan. Ada je perubahan somewhere dekat area Taiping. Bermula dengan renovation rumah mak abah, sepupu papat, naiknya Giant, Tesco, Taiping Central, sampailah ke flyover yang baru naik dekat area stesen keretapi Taiping. Dan kepulangan kali ni, dapat tahu ada Satay Kajang. Bukan KIJANG ye kak Ana wei T_T.






Franchise satay kajang dibuka di Lazzad Cafe Satay Kajang. Memang sedap lah. Saya tak ingat satay kajang yang sebenar rasa macamana, sebab last makan masa tamat SPM, tapi saya setuju yang dekat restoran ni adalah memang satay kajang. Dan harganya tujuh kupang secucuk. Berbaloi balooii. 3 cucuk dah kenyang. LEMBUT, GEMOK, SEDAP, ADA UMMPH! Biasanya orang suka makan satay ayam kan. Namun untuk menu malam ni, kami order 13 DAGING,dan 7 AYAM. Kenapa macam tu? Kau tanya lah Kakak saya tu. Sebab terlalu kagum satay daging yang lembut dan tak melekat celah gigi, itulah pengiraan beliau. Excellent division! T_T. VAGIVAA!





Di samping satay, ada juga menu item yang lain macam nasi ayam hainan, laksa, mi kari, kueyteow sup fishball, nasi ayam kampung. Menu ala ala kopitiam la, Chinese punya type makanan. Dan tahulah kan, melayu biasanya terliur dengan chinese-type food ni, jadi majoriti antara kami berlima memilih kueyteow sup fishball. Selebihnya memilih mi/mihun kari. Still ada fishball, malah ada CRAB STICK kenapa yang ni takda dalam kueyteow sup, marra ni! Disamping air kasturi asam boi, carrot susu, tea o, harga kesemuanya hanya RM39.50.












Untuk yang berminat nak cuba, ni alamat Lazzad Cafe:

Waktu operasinya hanyalah pada hari Selasa - Ahad 2.30PM - 12.00 AM




mode: perut toncet tak boleh duduk T_T

Monday, March 14, 2011

HEARTBEAT


Para pembaca yang budiman, jangan cepat keliru, melatah dan membuat andaian buruk terhadap tajuk entri ini ye. Ini bukan kisah seorang kupu-kupu malam, datin mahupun kaki pancing. Saya cuma nak mula bela iklan website HEARTBEAT ni. Sambil bela, sambil dapat insentif. Daripada kau bela ikan kat blog, yang asyik kena bagi makan je, lebih baik kau letak iklan dan tolong mereka promosikan barang yang menarik ni.


Jom kita mulakan tutorial bagaimana nak turut serta join venture bela membela iklan ni.


1. Mula mula klik dekat banner HEARTBEAT bawah ni:






2. Dan kau akan dibawa kepada webpage bawah ni (sila klik pada shape yg berwarna merah)







3. Kau dibawa ke page ini. Klik [Create Account]




4. Kau akan nampak detail form. Macam biasa lah isi form dengan lengkap and then tick dekat I AGREE.




5. Kau dah berjaya masuk account sendiri, klik pada JOIN HB! Affiliate, then under "PARTICIPATION IS EASY AND FREE", klik Online application







6. Isi form lagi, pilih cara pembayaran either dapat cek or masuk terus dalam bank.





6. Now, kau dibawa ke page ni untuk dapatkan code, so kau boleh paste dekat template blog. Overview account pun ada di situ jadi kau boleh check berapa besar dah kau bela iklan ni.




7. Bagi yang tak tahu nak paste code kat mana, boleh continue tutorial ni. Log in masuk blog kau. Kemudian dekat right corner atas blog kau ada macam ni (klik pada Design):





8. Klik pada mana mana ruangan yang available (Add a Gadget)




9. Pilih HTML/Java Script dan paste code dekat ruangan dia.



SIAP!

Klik sekarang jugak






Selamat Mencuba! ^___^


Sunday, March 13, 2011

DEWASAKAH?

Hari ni saya telah membuat keputusan yang agak besar buat masa ni sepanjang bergelar seorang wanita bekerjaya. Dan keputusan yang dibuat adalah secara mendadak tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mak abah. Anak2 tolong jangan ikut perangai ni ye. Namun saya pasti dengan apa yang saya inginkan. Saya mahu jadi seorang dewasa. Belajar membuat keputusan sendiri. Kita tak kan belajar selagi kita tak jatuh. Jadi biarlah kita bersedia untuk jatuh jika tersalah membuat keputusan. Namun apa yang lebih penting belajar untuk maintain berdiri dengan keputusan tersebut. Sekian. Renung renungkan dan dewasakan diri anda.


Ya Allah tenangkanlah hatiku dan bantulah aku dalam membuat keputusan pd masa akan datang..