Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, June 16, 2009

TEKNIK FOKUS GAMBAR

Ok, taknak cakap banyak, sekarang launch Photoshop. Hari ni nak kasi idea sikit macamana nak fokuskan gambar kita yang sarat dengan gambar-gambar sampah (maksudnya yang tak berkaitan dan kita rasa macam nak halau orang-orang yang menyibuk tu). Ok, sila pilih gamba yang paling serabut, dan ada satu benda yang kita nak fokus. Contohnya macam mamat hensem yang kita curi-curi snap gamba dia. sure dapat celah-celah je.


::Sebelum ::


::Selepas ::

Okay, model kita kali ni adalah seorang jejaka duit $. Bukan jejaka yang berharga RM8 tu ye. Mula-mula, duplicate background. Setiap gambar yang kita open dalam Photoshop akan berada dalam layer background. Kalau nak manipulate atau edit gambar tu, sila duplicate ataupun tambah layer baru dulu. Cara nak duplicate, pada background layer tu, Right click > duplicate layer.




Haa. Dah ada layer baru, say goodbye pada layer background. Abaikan dia sekejap. Pergi pada layer baru, gunakan lasso tool untuk pilih lingkungan (area) mana yang kita nak fokus. Jadi, lukis la sekeliling mamat tu je.





Untuk smoothkan lingkungan yang kita dah pilih tu, supaya tak lah nampak tiba tiba lain gila, right click pada area tu > feather. Pada Radius, letak 100 atau 200 ikut mana yang sesuai.




Kejap! Apa motifnya kita pilih gambar mamat tu sebenarnya? Okay, jom beralih arah pada gambar- gambar sampah di sekeliling dia pula. Sebab kita nak blur kan mereka. Right click lagi sekali, pilih select inverse.

Okay, teruskan je. Dah nak siap ni. Pergi pada menu Filter>Blur>Gaussian blur. Laraskan penunjuk dia sampai la lebih kurang 9.0 atau 10.0 suka hati kau lah. Yang penting aku nak tengok hasil dia cantik. (eh. emo ni apasal?)




Haa. Tengok, da nampak fokus sikit dah kan. Nak tambah dramatis lagi effect tu, sila buat effect vignette pula. Ala macam warna gelap-gelap sikit tu. Sekali lagi, guna lasso tool. Baik, recall sendiri cara-cara nak select inverse ye. Sudah? Bagus! Dalam keadaan masih select inverse, pergi pada menu edit>fill. Use: Black. Opacity : 100%.



Ee. Apa ni gelap-gelap? Tukar-tukar! Adjust pada Opacity di layer background copy.




Dah siap!



Dialah orangnya! Hai..boleh kenal? (kau memang gatal kan Umi!)
Bye!


Penaja: Sakit leher. Jatuh dalam toilet kering tadi. Mana tahu toilet kering tiba-tiba dilenjunkan?

Monday, January 26, 2009

= Wanita Hiasan Dunia =

Mengenal personaliti wanita melalui cara berjalan...


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.