Monday, December 31, 2012

Berjimat dengan Lauk Kedai


Cuti hari minggu kali ni terpaksa berkurung diri dekat rumah aje dengan suami. Sama je saya ke, suami ke, dua-dua orang kena perintah berkurung sebab dah hujung bulan. Heee. Dompet masing- masing tinggal note sekeping dua aje jadi faham-faham sendiri lah. Sebagai penjaga akaun keluarga yang tak dilantik, saya dah buat kira-kira lebih awal untuk menjadi chef di rumah. Ya lah, buat apa makan di luar kalau belanjanya jadi double dari makan di rumah. Cadangan diajukan kepada pengetua, namun pengetua bercadang untuk keluar makan di luar. (T_T ) Gagal pulak dah! Ok, takpe, masih lagi boleh berjimat bila pengetua ajak makan di ‘port panas’ dekat UPM. Bajet masih boleh dikawal iaitu dua kepala RM10 termasuk air, lauk berbagai jenis. Fuh fuh! Tapi, dek kerana godaan filem Istanbul, aku datang! yang tengah ditayangkan di laptop merah hati comel auww, dua-dua orang terbabas untuk keluar makan jam 1. Demm! Dah pukul 2 baru terkedek-kedek nak pegi bersiap. Dah siap tempek bedak doremon aje, suami macam tak percaya yang saya dah bersiap. Ditanya pula mana celak dan gincu. Jadi terpaksa ambil lebih masa untuk mengaler. (Huhuhu.. Habis lah lauk) Sampai aje di port panas kami, nasi sudah habis jadi kena tunggu nasi yang baru tengah masak. Sambil menunggu, ronda-ronda pusing keliling lauk, masing-masing cari something yang memanggil-manggil kami untuk makan situ. Kecewa. T__T  Sup kaki dah habis! Terus saya bagi cadangan dengan muka sedih, bungkus jelah lauk untuk makan malam sekali, kita makan di rumah. Cadangan diterima. Yess! Jadi kami mencedok kari daging untuk 4 kepala makan, dengan hati dan pedal masak kunyit yummeh! Guess what, harga untuk dua lauk itu hanya RM6. Kau kira lah berapa untung makan tengah hari dan malam berdua hanya RM6?? I am sooo like this. Balik rumah, cepat-cepat masak nasi dan kopek ikan bilis untuk goreng bersama bawang dan cabai kering. Sedap sangat okey! Suami request untuk malam sekali.  Heee.

Masuk hari Ahad pula, saya agak lemau dan asyik merengek macam bayi tengah kembung perut, Haa. Betul la saya lah baby yang kembung perut ditambah dengan penyakit orang besar sikit. Gandingan hebat untuk tidak bangun mandi pagi-pagi. Suami bangun dan mandi, saya cuma request dia belikan pain-killer. Susah sangat saya nak request beli ubat-ubat ni. Tapi ni tahap gaban punya sakit, jadi suami pun keluar mencari ubat dekat myMydin, Speedmart. Dua-dua tak ada. Baru sedar lokasi rumah ni jauh dengan farmasi. Jadi suami pun pergi merata tempat semata-mata memenuhi keinginan si baby ni. Baby is sooo touched! Hampir jam 12 barulah si suami pulang berbekal sup kaki dan bebola goreng masak kicap serta ulam-ulaman bersambal belacan. Belanja untuk lauk tersebut hanya RM10. Itu pun sebab si suami memenuhi hajat si isteri kampung yang teringin makan petai sejak sehari sebelum tu lagi. Jadi harga ulam petai sahaja dah RM2.50. Sakit-sakit macam tu bertambah selera nak makan pula. Tak cukup dengan tu, suami goreng telur dadar lagi. Saya kagum dengan teksturnya. Pandai suami saya. Alhamdulillah, suami begitu ringan tulang bila isterinya jatuh sakit. Syukur juga masih diberikan rezeki yang mencukupi. 

Friday, December 21, 2012

Masuk rumah baru. Yey!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tarikh 19 Disember 2012 kami suami isteri officially dah boleh mulakan hidup bersama sebagai sebuah keluarga baru. Barang-barang pun dah selesai angkut malam tu. Syukur. Penantian selama dua minggu berakhir. Alkisahnya begini. Kebetulan saya dan suami pergi ketuk pintu rumah bujang saya dulu, tiada orang berjawab. Almost everyday selepas kerja kami pergi dan tiada hasil. Akhirnya semalam, bila kami hampir down lepas ketuk bertubi-tubi, lalu menunggu lif untuk balik rumah, kebetulan terserempak dengan penyewa rumah di depan lif. Saya pun apa lagi terus tegur dan cakap nak angkut barang malam tu jugak padahal lori tak panggil lagi. Dan suami pun setelkan tanggungjawab untuk panggil lori dan-dan tu jugak. Walaupun harga lori sewa dah meningkat dari dua minggu lepas, daripada RM150 ke RM180, kami nekad nak angkut juga malam tu. Nasib kami bertambah baik bila tokey lori tu cakap "sekarang boleh angkut". Lagi mudah kerja boleh terus angkut dan balik rumah. Yay!




Rumah kami. Kereta kami. Suami saya :)



 Part yang menarik hati saya dekat rumah ni. Grill dia cantik :')


Sebenarnya, kami dah mula jejak masuk bermalam di rumah ni sejak beberapa hari sebelum majlis lagi atas sebab-sebab tertentu yang mempercepatkan saya memujuk suami untuk berpindah masuk. Banyak perkara terjadi yang membuatkan saya terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang saya rasa tak selesa berurusan dengan mereka. Jadi, saya berusaha untuk jauhkan diri dan lari dari hidup mereka selamanya. Di sini, di rumah baru, kami lebih tenang. Walaupun rumah masih bersepah atas sebab kesuntukan masa untuk mengemas rumah, tapi saya bahagia sebab di rumah, saya hanya perlu menguruskan kebajikan makan minum pakai suami saya kini. Dan segala kotor bersih rumah ini hanya kami berdua yang tentukan. 



Walaupun bersepah, kami dah mula masak-memasak makan malam.



InsyaAllah, bila saya selesai clearkan ruang dapur yang penuh dengan kotak-kotak barang perpindahan, saya berhajat untuk adakan "not-so-housewarming party". Mungkin perlu adakan berperingkat sebab rumah tak besar sangat dan lebih mudah untuk melayan sanak saudara dan rakan-rakan. 



Ruang bersantai dah setel. Cuma siaran TV tak cantik, 
jadi kena pasang ASTRO lepas ni. 
Oh, frame gambar hiasan tajaan sahabat baik Siti & suami serta Milan. 


Thursday, November 22, 2012

It's OK to spend more on QUALITY TIME



Agree? Agree Not? Cuba kira berapa banyak quality time yang anda spend bersama insan tersayang? Ada yang boleh menipu orang lain mengatakan  "my time with loved one is always a quality time." Jangan menipu diri sendiri, ok. Tak bagus. Sendiri makan dalam nanti. Kalau setiap hari melakukan aktiviti harian bersama insan tersayang, itu bukan lah quality time tetapi menjalani hidup bersama-sama. Jika satu hari anda keluar bersama ke suatu tempat yang jarang atau tidak pernah anda pergi, pasti anda berasa lebih gembira dan inspired. Itu barulah dipanggil quality time. Faham? Jadi, rancang masa anda, keluarlah bersama insan tersayang tak kira pasangan, keluarga, ataupun sahabat. Keluar makan, melancong, mahupun sekadar berjalan-jalan di taman. Rasailah kelainannya. Biar berhabis duit sesekali. Kerana jika tak dihabiskan pada hari istimewa itu, pasti akan habis untuk barang lain yang tak membawa makna pun. Sekian.








Tuesday, November 20, 2012

Kenduri dan Family Hubby


Minggu ni sedikit kecewa dan sedih kerana tak dapat bersama-sama meraikan perkahwinan sahabat baik semasa di Uni. Tak sabar rasanya nak dengar khabar berita dari tuan punya badan yang baru bergelar pengantin baru. Sangat teruja rasa nak berjumpa semula. Namun, yang patah tumbuh, hilang berganti, yang kurang, diisikan.






Kekecewaan terubat dengan kedatangan ahli keluarga hubby semua pakat turun KL untuk meraikan satu lagi majlis perkahwinan yang lain, sepupu hubby yang bernama June. Majlisnya yang betul-betul meraikan tetamu dengan hidangan yang sangat lengkap dan nasi beriani yang lembut enak dimakan. Tak cukup dengan tu, ditambah lagi khemah di luar dewan menyajikan hidangan bihun sup campur bersama mi kari yang saya tak sempat nak merasa sebab terlalu kenyang. Ada suara-suara bisikan yang bagitahu bahawa kos katering sahaja mencecah 27K OMG ni memang mentekedarah ke apa ni. Hee.





Jadi, bermulalah episod hidup saya sebagai isteri kepada Azman yang tak lepas-lepas diperkenalkan oleh mak mertua kepada saudara-mara. Oh, sangat ramai sampai susah nak ingat bila jumpa lagi sekali. Harus selalu berjumpa dan biasakan diri. Oleh kerana ini adalah kenduri saudara, maka harus tunggu sampai kenduri tamat dalam hampir jam 5:00 petang. Penat memang penat, tapi gembira sebab dapat bawak balik doorgift yang banyak serta lauk pauk berlebihan yang sengaja ditempah lebih untuk bekalan sanak saudara khabarnya. Ikatan persaudaraan mereka sangat kuat dan saya suka melihatnya.




Ni baru sebahagian. Ada banyak lagi.



(Dari kiri) Biras, biras, kak ipar, biras




Anak buah (kanan saya) serta biras (kiri saya).
Berbaju sedondon yang disponser mak mertua


Seusai majlis semua, berkemas-kemas dan berpacking, kami terus berangkat ke rumah kakak ipar, Kak Ila di Shah Alam. Rupanya semua yang tinggal di area KL, Rawang, dan utara masing-masing dah plan nak bermalam di situ. Mak ai, muat ke satu rumah tu? Masing-masing siap bawak toto, bantal semua, maklumlah rumah orang baru kahwin mana ada semua tu. Segalanya hanya cukup-cukup sahaja untuk tinggal berdua. Peringatan untuk diri sendiri, harus tidak memenuhkan ruang rumah dengan hiasan yang tak perlu sebab kemungkinan besar rumah kami pula yang akan dikunjungi dan menjadi tempat penginapan keluarga yang besar ini. Jadi, harus sediakan toto yang banyak. ok! Telah diusulkan kepada hubby. Hehe. Oh, harus sediakan tempat bermain untuk kanak-kanak juga. Anak buah saya memang sangat ramai. 27 orang semuanya. Hambik kau! Best kan?



Anak buah Generasi ke-3


LISA: Yang ni paling manja dengan cik abang.






Kamilah pengantin baru yang belum naik pelamin :p




Monday, November 12, 2012

Weekend Bersama Hubby dan Sahabat






Syok ke kahwin? Memang syok. Setiap orang ada deifinisi syok masing-masing. Tapi pada saya, yang syok nya dah kahwin ni, ke mana kita nak pergi, ada yang teman. Saya tak lagi keseorangan seperti sebelum ni. Sejak-sejak sahabat baik dah berumahtangga, saya memang kesunyian tiada teman berborak waktu malam. Balik kerja je, dah macam tak ada social life lagi. Sehari kalau tak dapat berborak dengan seseorang, memang rasa tertekan sangat. Thanks to hubby kerana telah mengisi kekosongan dalam hidup di perantauan ni. Lepas bekerja dah tak lemau nak balik rumah sebab ada hubby teman. Weekend adalah hari yang paling ditunggu-tunggu kerana banyak projek persediaan masuk rumah baru dengan hubby. And it's a SHOPPING DAY! Hubby juga menunjukkan kesungguhan nak masuk rumah baru dan memilih warna-warna tema untuk barangan rumah. Malah, dia lah yang lebih banyak memenuhkan troli shopping. 





Dan satu lagi detik bermakna yang berlaku pada weekend ini, saya menziarahi sahabat baik yang telah berumahtangga lebih setahun lepas. Sudah berisi pun dia. Saya ingin hidup seperti ini, walaupun sudah bersuami, tapi ikatan persahabatan itu masih kuat. Suami bukanlah alasan untuk kita tidak berjumpa lagi, malah lebih memudahkan. Kami berborak dalam bilik meninggalkan suami masing-masing di ruang tamu, dengan tayangan movie yang berat. Berat sangat sampai tak faham apa-apa. Hihi. Cukuplah satu malam berborak untuk cover selama sebulan, maybe? Lepas ni lepak lebih lama, ye kawan..




Mommy-to-be. (Can't wait!!)

Hadiah kahwin pertama dari Ina & Alep. Thanks kawan!

Wednesday, October 17, 2012

Wonder Girls berbaju kurung menari-nari


Jom layan kejap awek-awek Korea ni berbaju kurung sambil menggedik. Nasib comel. Hehe.




Okay, dah! Pi sambung koje. Ngulor je kome ni.

Sumber video: Youtube

Friday, October 12, 2012

Rumah Sewa

Assalamualaikum.

Dah lama saya survey rumah untuk menyewa selepas kahwin. Hampir dua bulan kot. Tapi masalahnya dekat sini tak boleh book awal sebab biasanya kalau orang buat iklan awal bulan, dia nak suruh kita masuk bulan tu juga. Kalau iklan tu tengah bulan or even 2, 3 hari lagi nak cukup bulan, dia expect kita nak sewa immediately bulan depannya. Kalau tak, say bye bye je la sebab akan ada orang lain yang lebih cepat bayar deposit dan terus masuk. Jadi moral of the story, jangan lah berangan nak cari rumah awal-awal jika masih ada sebulan dua sebelum awak nak masuk rumah tu. Semua kena last minit cari. Teruk kan KL ni? Bukan apa, saya fikir rumah kalau tak dicari awal, bulan depannya naik harga lagi. Parah la macam ni. 

Namun, kita hanya merancang. Percayalah pada pertolongan Pengatur kita yang lebih pasti janjiNya. Kebetulan Azman dapat tahu yang kawannya akan keluar rumah (berpindah) pada hujung bulan Oktober. Rumah tu pula nak kata jauh tu, tak lah sangat. Masih munasabah dengan jarak ke tempat kerja dia dan saya. Cuma, mungkin perjalanannya agak crowded. Bertahan lah buat masa sekarang.

Saya punya impian untuk tinggal di rumah bawah. Maksudnya buka pintu, nampak kereta depan rumah. Alasannya, senang nak basuh kereta pada hari minggu (boleh terima tak?). Dah puas tinggal rumah tinggi, kena tunggu lif dan terpaksa memanjat tangga jika lif rosak. Fahamlah, maintenance lif mahal. Tambahan pula, apartment sekarang mana nak cari bawah RM800. Flat ada lah, tapi saya rasa seram melihat flat yang tidak terjaga. Dindingnya tu macam rumah usang yang tak tahu ada manusia ke tak.

Jadi, saya pun pergi melihat-lihat sebuah townhouse. Situ area rumah baru sebenarnya, baru dalam 2 ke 3 tahun macamtu lah. Kawasan dia masih cantik dan terjaga, tak ramai orang sangat dan ada guard jaga untuk masuk ke dalam kawasan  rumah tu. Kalau range harga sekarang saya survey dalam 1000 macam tu, tapi guess how much saya dapat untuk sewa situ? Tak sampai 700 ye!! Itu harga masa kawasan tu baru buka dan kawan Azman kautim dengan owner kata adik dia yang nak masuk. So harapnya owner masih kekalkan harga tu sampai bila-bila. Walaupun rumahnya kosong, tapi berbaloi daripada masuk rumah yang siap renovate dengan bayaran lebih 300 setiap bulan. Kenapa harus bayar so much untuk menampung rumah orang punya renovation? That's my point lah. Lega rasanya dah dapat jumpa rumah sewa. Settle satu kerja.


Okay, ni gambar rumah area situ. Inilah townhouse nama dia. Nampak satu rumah double storey kan, tapi cuba tengok betul-betul sebiji rumah tu ada dua pagar. maksudnya satu rumah ada dua keluarga. Tingkat atas dan bawah.



Ini ruang tamu rumah bawah.


  Yang ni rumah atas. Nampak macam karut sikit rekabentuk dia, tapi saya tak pasti macamana yang sebenarnya sebab saya tengok rumah bawah sahaja.




**Gambar diambil dari OLX dan iProperty

Friday, August 3, 2012

Memburu Penghisap Darah

Salam.

Korang lena ke tidur malam tadi? Saya memanglah lena. Tapi sejak akhir-akhir ni asyik tidur lewat je. Sebab setiap hari ada projek memburu sebelum tidur. Bedbug! Pijat! Lipas! Eh, bukan lipas tapi pepijat. Betul. Tak tipu. Tapi, saya lebih lega lagi dapat tahu yang binatang kadang-kadang hitam kadang-kadang coklet tu bukan lipas. Sebab SAYA SANGATLAH TAKUTKAN LIPAS titik! Macam mana saya boleh tahu ianya bukan lipas? Saya pergi jumpa pakar lah, dan tanya pasal tiga ekor anak lipas yang saya jumpa atas tilam. Sekelip mata dia hilang. Kemudian saya jumpa semula seekor lagi warna hitam. Saya lenyek(macam tepung pula) dia dengan remote control kipas. Disebabkan saya sangat anti lipas jadi saya peka bau lipas macamana. Tapi yag ini bau lain macam. Macam kumbang. Saya report pada pakar, dia beritahu "tulah pijat nama dia". OMG. Lepas dapat tahu je terus saya mendapat keberanian untuk memburu pijat bersama telur-telurnya yang macam telur lalat tu. Saya scan sekeliling pelipat tilam. Memang banyak telur dia! Apa lagi, seronok la meletup-letupkan semua. Tapi, malam tadi saya diserang lagi dengan pijat yang agak kecik dari yang pertama tu. Ni mesti anak dia yang kecik conet tu dah besar sikit. Nampaknya setiap malam saya kena sentiasa memburu pijat. Bilalah nak beli tilam baru ni. Tapi kena tunggu pindah rumah la baru beli. Kalau tak, proses perpindahan tu kan kena usung tilam tak berbalut. Mungkin akan dicemari sekali lagi. Pagi ni saya research sikit pasal pijat ni, namun tiada yang dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut pasal pijat, saya jumpa blog si Pijat Hunter ni. Eh, lupa nak bagitahu, saya juga jumpa pijat banyak dekat sekeliling dinding. Dia sangat halus jadi anda harus tenung betul-betul baru jumpa. Kelihatan sangat gigih di situ ye. Bye!


Buat tatapan bersama 

Wednesday, July 11, 2012

Untuk PICNIK users : PIXLR Photo Edito Online

Salam.


Hai. Hari ni ada pertemuan baru. Disebabkan insufficient software dekat office baru ni, maka kerja saya online online dan terus online mencari software-software freeware bagi mengisi masa lapang ketika tiada tender masuk. Target harini adalah mencari photo editor yang sesuai untuk amateur dan tak amateur. Terjumpa http://pixlr.com yang quite similar dengan Photoshop tapi separa amateur version. 



Pixlr ni ada dua editor macam kat bawah ni: 

- Open photo editor : ala-ala photoshop
- Retro vintage effect : yang ni senang aje. Upload gambar, klik untuk pilih effect je. Siap. Mudah kan?



 ::nampak tak note merah kat bawah tu --> terkena batang hidung saya. 
Korang pun mesti terasa kehilangan picnik kan? ::



Open photo editor




 Retro vintage effect




:: BEFORE ::




 :: AFTER ::





 :: Lagi AFTER ::



Eperience it yourself, u'll see the use! Happy trying!!


 xoxo Gossip Girl :)

Tuesday, July 10, 2012

A One-Slice-Surprise

Surprise!! Happy birthday to you. Happy birthday to you. "eh, birthday sapa plak ni?" Happy birthday to UMI. Alamak, malunya saya. Ingatkan ada birthday orang lain yang asalnya ada empat orang kesemuanya berbintang CANCER di office ni. Tapi yang lainnya belasan haribulan. So, yeah, this piece is mine!!

Walaaa...



Maka bermulalah pesta gedik berposing sambil orang lelaki yang konon tak suka bergambar tolong snap picture. Dimulakan dengan testing gambar.



K.Linda: Umi tangkap gambar apa kat atas tu?
Umi: Tengah nak cari angle ni.
Mastura: Senyum je kak. (Peace!)




Arip (rambut kurang) : Ko nak buat apa ni Mas? Suap aku ke?
Mas : Alaa...Pose aje. Bukan betul betul. Takpelah, jarak 1 meter.
Asri (rambut lebat) : Takda sape nak suap aku. Takpelah, aku bahagia dengan cheese cake aku sorang2 makan.




Kamilah bungas penyeri office. Tanpa kami, kuranglah seri sinaravia.
Maka harus ambil gambar memori bersama.


Semakin mengganas.




Selesai berparti, Mastura memulakan misi mengaler muka saya. 
"Umi, pinjam muka. K.Linda nak tengok mekap."
 "Ok." 



MUA sinaravia. Masuk ini, kali kedua saya dimekapkan. Pasrah. 




Pagi ini, colonel masuk office setelah sekian minggu bertapak di Russia. Namun tidak dilupakan anak anak buah kesayangan di office. Dibawakan sebekas Russian CHOCOLATE COATED NUTS.  "Abah" saya kan. Hehe. Gelaran yang diberi Arip kerana jeles dengan layanan colonel terhadap saya sejak saya menjejakkan kaki di sinaravia. Layan..


:: the whole piece inside was nut. Nice! ::

Sunday, July 8, 2012

Umi Budak Jahat di tempat baru



Assalamualaikum.

Sebenarnya nak kata baru sangat tu, takda lah kan, dah busuk dah pun kat office ni. Location dia Bukit Jalil which is sangat lah sekangkang kucing aje dari rumah bujang saya. Tapi still kena drive lah. Kan best kalau ada driver. Oh ya, boss saya sedang mencari personal driver. So pada sesiapa yang takda koje asyik skodeng blog aje, meh la hantar resume. Ciri-ciri utama yang dicari : tahan maki. hehe. Okay, ini iklan semata.




  
::Ni workstation tumpangan saya. hihi. Tumpang ye, Mejar Azmi ::



Setakat ni saya masih lagi dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Maka harusla tunjuk etika yang baik walaupun pernah boss masuk office dulu sebelum saya. Hehe. Itu perkara biasa. Boss pun cari saya awal2 pagi tu bukan apa, nak minta ajarkan download lagu dari Youtube. Aduhai. Comel kot dia cakap nak "record lagu". Mula-mula blur juga dah kenapa boss ni nak buat album ke main rekod-rekod bagai. Rupanya nak "download". T_T. Maka diajarkan la pada boss ni. Tiga pat kali juga lah nak tunjuk dan suruh dia test (thanks to Futurekids sebab bagi ilmu seorang guru komputer pada saya). Lepas tu, saya balik la ke tempat kerja saya. Ingat dah selesai tugas pagi tu. Rupanya, intercom asyik berbunyi-bunyi. Tak sempat jawab, boss suruh secretary dia panggil "budak jahat" naik atas. Secretary @ Kak Linda mulanya bingung lah siapa budak jahat. Habisla diteka staf laki-laki kan. Rupanya, nama "Umi" yang keluar. Aduss. Kenapa saya budak jahat?? Anyway, saya tak makan hati pun sebab saya dah kenal perangai boss. Saya rasa perangai dia tu masih comel macam kanak-kanak. Namun kanak-kanak pun kadang-kadang annoying juga kan.






:: BudakJahat. Layan ye ::




:: Ini view office tingkat bawah sekali. Tempat kebanyakan staff kerja dan lepak ::



:: tempat mentekedarah. tapi boss je rajin duk sini kot sebab level dia ::



:: jom naik tingkat atas sekali ::







Decor dan struktur bangunan office ni memang menjadi kegemaran sebab diterapkan rekabentuk dan dekorasi moden. Rumah impian saya, namun hanya mampu jadi office impian sahaja setakat ini. Akan diusahakan masa akan datang. Dan di sinilah tempatnya dugaan yang banyak ketika berpuasa sebab setiap bulan kami akan shopping stok makanan yang banyak untuk semut-semut di dalamnya. Hehe.


Akhir sekali, mesti rindu dengan saya kan. Nah, amek ni!


 :: Ntah kenapa tiba-tiba teringin pakai baju kotak-kotak ni.
Colleague dok usik saya dgn buat gaya Najwa Latif bersama gitar nyanyi lagu Muka buku::


Okey, enjoy touring my new working place! Bye.