Sunday, June 13, 2010

Trip Kanak-kanak


Haa adik-adik! Cerita hari ni nak share tentang trip saya join hari Rabu baru ni. Antara 6 orang teacher yang escort trip budak-budak zaman akan datang atau dalam englishnya futurekids, saya pun terbabit. Yang seronoknya, macam-macam hal lah budak-budak tu semua. Saya dengan secara rambangnya digelar mummy kepada seorang kanak-kanak istimewa nama dia Brian Tay. Oh, memang istimewa orangnya. Siapa kata kanak-kanak macam ni susah nak jaga? Ok je masa hari tu. Dia makan non-stop dalam bas. Saya yang duduk dengan Sharmistha kat belakang dia, suka usik dia. Dan kadang-kadang dia pun pandai usik saya. Contoh? Malu. :') Dia dengan selamba rocknya cuit pipi saya masa saya duduk sebelah dia masa nak balik.

:: Kagum dengan warna bumi Brian (Pink?) ::
Ok, Sharmistha dah jealous saya asyik cerita pasal Brian. Yes Sharmie (teacher umi je tau nama ni), I know I'm your favourite teacher. Tapi, the other way round, masa dalam bas, guru besar (comel. Lama tak sebut) shout berkali-kali, "Teacher Umi, cannot sit with your favourite student aa". Biar la, saya memang suka kawan dengan Sharmie. I don't friend Rohan. Rohan tu adik Sharmie. Heee. Comel. Diorang selalu lawan masa kelas. Sharmie geng teacher Umi. Rohan geng sorang lagi teacher. Tengok keletah budak-budak ni, teringat masa kecik-kecik dulu. Suka warna pink, kerja mesti nak perfect, suka main mekap-mekap, pakai jewels, nak jadi princess la. Oh ya, masa trip tu, nama glemer saya "TEACHER LOVE". Cuba teka sebab apa?



Ok, balik pada trip tadi, kami pergi ke Kilang AJINOMOTO pada sebelah paginya. Orang yang bagi ceramah tu comel je. Nama dia pun comel. Miss Purple. Heeee. Memang pandai tackle kids. Nasib bukan kids yang tackle dia. Tapi the best part masa kat Ajinomot, diorang ada serve lunch. Suka! Tengok, tak dapat nak sorok lagi, seronok dapat makan ^_____^. Semua masakan dia kira macam guna Ajinomoto punya produk la. Lepas tu, Mc D pulak. Lagi makan.

:: Cuba control lapar, macam nampak jugak ::

:: Lesson : Black Pepper Sauce. Sos ditabur dengan black pepper ::


Petangnya, pergi kilang Pelikan stationaries pulak. Sebut betul-betul ye, Pe dibunyikan macam pear. Kat situ, kanak-kanak kena mengecat (dalam englishnya Painting) atas beg. Tema dia, save our environment. Comel. Macam-macam idea pelik keluar. Tapi cute! Contoh macam ni :"Save our baby bird":: tu kenapa pegang bekas air Brian tu ::

Wednesday, June 2, 2010

Susunan Huruf-huruf Dari Nama Anda


Berdasarkan tajuk entry ini, mari saya perkenal teman bilik saya yang baru. Namanya Nurhanisah tapi nama glemernya INA. Setiap kali dia perkenalkan nama dia dekat orang, pasti ada yang tersalah panggil ANI. Sebab apa, mana datangnya INA tu daripada HANISAH melainkan ANI? Musykil tapi masih boleh dipertimbangkan ye murid-murid. Kerana ANI di"derive"kan daripada HANISAH. Maka, ANI diterbalikkan menjadi INA. Betul? Jadi, terimalah seadanya nama glemer orang ok? Oh, ya. Sebelum menterbalikkan nama orang, sila try sebut berkali-kali dulu. Sedap x? Jangan pula NADIAH dipanggil HAID! Kurang sopan ye macam tu. Satu lagi insan yang menjadi persoalan tentang nama2 glemer ni, ialah abahku sendiri. Namanya Nawawi tiba-tiba bertukar ZAM. Penat ditenung-tenung nama NAWAWI, akhirnya mendapat jawapan yang lebih kurang macam kreatif. Camni, ianya diambil daripada NAW. cuba N di"rotate" 90 darjah ke kanan, sama dengan Z kan? A maintain macam tu. Kemudian, W diterbalikkan ke bawah menjadi M. Tak sangka saya kreatif sebegini rupa. OH~
Iklan. Nak mengajar kanak-kanak harus kreatif tahu.