Friday, July 16, 2010

Tom Cruise I ADORE you

Nak jadikan cerita, hari ni saya lambat lagi ke sekolah memandu. Sebenarnya bukan lambat tapi memang saya suka datang orang putih kata sharp-sharp. Sampai dekat kaunter check in, fuh! Kak Mala takda lagi. "Cepat-cepat!" Ah. Dia datang dah. "Lambat lagi?" Hee. Sorry! Takpa, sengih je, bagi dia cool sikit. "Pergi masuk kereta depan tu, buat 5 perkara" What the??? Tiba-tiba je aku nak kena drive dah hari ni? Takpa umi, rileks je. Buat muka semangat. Dah la kau buat dia tunggu kau tadi. "Okay, jalan". "Hah? mana reti" "Tak pernah drive ke?" Gila ke kalau pernah drive takda la aku asyik sengih je kat kau nak bermanis muka bagi kau tak garang walaupun pagi-pagi ni muka aku ketat lagi. Nasib la Kak Mala tu faham yang I ni rookie lagi. Tekan clutch, masuk gear 1, turun handbrake, lepas clutch slow-slow. Jom pusing-pusing sampai pening. Gear 1 tu macam mana pulak dah. Tolong lah ajar macam I ni budak level bronze ye. Lepas sekali dua pusing, "Cemerlang. Pernah bawak kereta eh?" Ayat yang sama macam Liza cerita dulu masa dia belajar memandu. Adakah ini memang cara dia orang nak naikkan semangat pelatih? Apa pun, target saya tercapai la untuk dapatkan pujian macam Liza dapat tu. Heee. (Liza kalau hang baca, jangan marah tau)

Kejap. Tajuk entry ni macam dah tak relate langsung je ni. Tak nanti dulu. Lepas habis driving sejam tu, rasa tak bestnya nak balik rumah terus. Bosan. Laptop takda. Kawan takda. Rapid! Yes ada rapid boleh pergi Mid Valley. Dengan tak malunya pergi wayang sorang-sorang takda kawan macam sombong dan bongkak dengan semua orang yang beratur sebab I DAPAT FREE TICKET SEBAGAI GSC ONLINE MEMBER!! Sesiapa yang belum daftar GSC Online, sila rujuk birthdate dan daftar segera sebab dapat free movie pada harijadi kau. Tapi, makesure pada bulan tersebut ada banyak movie best sebab kau hanya boleh pilih movie yang bertanda * je. Dan faham-fahamlah biasanya yang free ni mesti ada sebab. Mungkin dah lama, mungkin selling slow, tapi pilihan saya hari ni memang bulls eye! Best dan seronok dan gembira sebab tengok filem free yang saya boleh bagi 5*****.


KNIGHT and DAY. Di sinilah detik pertama kali saya terjatuh hati dengan abang TOM CRUISE. Wey, dia dah pangkat uncle kot. Ah. Cinta tak mengenal usia okay. Beliau sangat macho dan cool bermain pistol.


Dalam cerita tu, even Diaz curi-curi lari dari perhatian Cruise, tapi Cruise cekap dan cepat je muncul bila Diaz dalam bahaya. Sangat protective lelaki seperti itu I LIKE!



Okay, malam ni nak mimpi abang Cruise lah. "With me, without me"

Wednesday, July 14, 2010

Potret CANTEK saya

Terasa macam busy sangat bila tak sempat nak update blog. Masih banyak entry yang dikepam sampai berkulat. So, here I am, just for a quick post nak share out my photo transformation into sketch dengan intermediate photoshop skill. Oh, layak ke intermediate? Ok, cuba tengok sat.


Dah dah jangan dok teliti sangat segala teknik mengaler I tu. I tau comot. Dari kecik asyik kalah pertandingan mengaler. T_T bye!

Monday, July 12, 2010

Kisah Chenta Kau Aku

Cinta? Mana? Mana? Tak da pun. Memang takda. Kisah ini tak mungkin dikongsi bersama secara rambang. Heee. Ampun. Penat melawat kan? Takpa ada sedikit buah tangan untuk para pelawat umiissaya. Terjun!Lokasi: The Manhattan Fish Market Midvalley
Cadangan oleh: Mr Odin boyfie Liza
Watak Lelaki: Azman
Watak Gadis: Rahsia




Jangan terpengaruh bila anda nampak semua orang order air hijau itu. Sebab ianya sangatlah masam.

Kami suka makan seafood


Okey, kalian boleh pulang sekarang. Jumpa lagi. Bye!

Saturday, July 10, 2010

SETEM 30sen TAK CUKUP?

Semalam, sampai office awal, check mailbox office ada surat. Satu untuk saya dan satu untuk company tak payah tahulah apa dia. Ceritanya di sini pasal setem bukan pasal surat faham. So letak je lah surat dekat reception desk. Saya memang macam tu, malas nak ambil tahu. Bila bos sampai office, dia kepoh-kepoh dah panggil dari jauh. Selalu heart attack dengan suara bos yang tak payah pakai mic tu. Heee. Ingatkan apa, rupanya dia teliti dengan setem dekat surat tu. Surat nipis, tapi letak setem dua keping 30 sen. Eh? Apa kes ni. Dengan arahan, saya pun surf la dekat POS MALAYSIA punya website. Memang tepat penelitian bos tu. Kadar tarif pos dah naik!

Tu lah kita selalu sangat pakai FB je nak jemput datang kawin. Pejabat Pos pun dah rasa terabai. Kan dah mogok tu naik harga pulak. Double lagi. (asal sebut double je, teringat Double cheese burger T_T). So, saya plan nak design kad kawin sendiri lah, pakai FB je hantar pada semua. Tamat.

Friday, July 9, 2010

Hanya Untuk Diri Sendiri

Tarikh : 6 Julai 2010
Masa : 12:00 a.m.

**credit to Ina

Sempena birthday saya ini, ramai yang wish supaya saya semakin matang. Matangkah saya? Yep, betul tu. Contoh kematangan yang saya nampak setakat ini :
  1. Sudah boleh dengar bunyi alarm handphone pagi-pagi. Bangun atau tak tak kira okay.
  2. Masuk bilik jumpa doktor tanpa perlu abah teman.
  3. Pergi mendaftar kelas memandu sendiri. Tak payah mak paksa dan nangis-nangis tak mahu.
  4. Tak ternanti-nanti jam pukul 12.00 tepat pada hari jadi. Even tak ingat pun esok itu adalah happy birthday.
  5. Berat badan sudah bergerak. Selama 4 tahun payah betul dia nak naik.
  6. Saya suka masak walaupun ulang menu yang sama je sebab orang kata sedap. Heee.
Itu je yang baru nampak. Banyak la tu 6 kan? Lebih dari 3 :)

** credit to boss

Saturday, July 3, 2010

HATI SEORANG CIKGU KOMPUTER

Oh Kanak-kanak. Kenapa kamu sangat comel. Setiap benda yang kamu buat sungguh comel. Setiap words yang keluar dari mulut kamu pon comel. Kamu memang sinonim dengan comel. Ada seorang kanak-kanak ni, dia berumur 4 tahun. Saya mengajar komputer untuk kelas tadika dia, dia sangat fokus dan tengok demo yang saya tunjuk di depan. Tak macam kanak-kanak 4 tahun yang lain. Cikgu di depan, dia ber'hugging' dengan kawan sebelah. T_T Adoi. Terlebih kasih sayang sungguh. Kanak-kanak yang sorang ni memang lain. Dia begitu serius mendengar. Bila sampai masa untuk diorang cuba depan komputer masing-masing, hanya kanak-kanak ni je yang tak bangun dari kerusi dan tekun menyiapkan kerjanya. Manakala yang lain sangat lah ringan tulang mereka berlari ke sana ke mari. Tiba-tiba, si tekun ni bising pula. "Teacher, why everybody kacau me, teacher they kacau me.." So cute bila si tekun mengadu macam tu dengan mulut muncungnya. Oh, harus tangkap gambar si tekun ni.

Dan bila saya tengok hasil kerja kanak-kanak ni semua, saya sangat terhibur. Macam-macam story yang saya boleh baca. Ada yang sekali saya tengok, rasa bangga budak ni faham arahan, tengok sekali lagi, dah jadi skrin berdarah. Habis semua diconteng warna merah. T_T Ada yang lainnya pula begitu tanpa rasa bersalahnya membuat pembakaran hutan secara terbuka. Cuba kau tengok sendiri.
Kan tak tipu ni.

Friday, July 2, 2010

Budak Baru nak Belajar Driving

8.30 am

(Irama lagu sleeping gudnite) dalam human language berbunyi "tidurlah sayangku, tidurlah dengan tenang". Wey, patut ke saya bangun dengar muzik lagu ni? Maka selimut,
datanglah padaku.


10.00 am

Dia bunyi lagi. Tiba-tiba teringat pesanan Acu, pergi lah pagi, petang sure hujan punya. Okay, bangun sekarang! Berwangi-wangian dengan bedak johnson & johnson. Ina, pinjam kasut best. Amek la. Thankyou! (dialog dalam hati kecil).





10.30 am

Ketibaan di stesen LRT. Alamak. Mana nak cari driving school ni? Selalu naik LRT kat atas boleh nampak jelas. Bila dah sampai kat atas tanah, tak nampak pula. Okay, buat muka cool supaya orang takde chance nak tipu. Teksi! Pakcik, mana tempat belajar driving? Pakcik teksi: Tu, dekat celah2 batu tu, belakang dia. Mak aih! Patutla tak nampak. Bincang panjang-panjang lebar, saya cuma nak tau fees je kak. RM845. Okay lah, daftar! Desperate nak guna kereta ni. Penat menunggu teksi dan tukar LRT untuk ke tadika. Okay, dah dapat kad pelajar.



Tarikh mula pergi amali 3jam, semalam dah fix 4hb. Julai, tapi banyak la pula kerja hari ahad ni. Postpone jelah minggu depannya. Dan, kakak pesan bawak kad biru tadi, duit, dengan gambar passport. Alamak. Ni yang malas ni nak gambar. Jom punggah kotak cari mana yang sesuai.

Gambar pertama. Umi berumur 12 tahun.


Gambar kedua. Umi berumur 17 tahun.


Gambar ketiga. Umi berumur takde tahun.


Okay. Lupa tangkap gambar passport baru.

11.30 am

Tiba di rumah. Perut sangat lapar. Apa kata kita berjimat hari ni. Jom masak!


Menu utama


Menu harus : vege


Menu tepi : untuk kenyang


Mari makan. ^____^