Saturday, July 3, 2010

HATI SEORANG CIKGU KOMPUTER

Oh Kanak-kanak. Kenapa kamu sangat comel. Setiap benda yang kamu buat sungguh comel. Setiap words yang keluar dari mulut kamu pon comel. Kamu memang sinonim dengan comel. Ada seorang kanak-kanak ni, dia berumur 4 tahun. Saya mengajar komputer untuk kelas tadika dia, dia sangat fokus dan tengok demo yang saya tunjuk di depan. Tak macam kanak-kanak 4 tahun yang lain. Cikgu di depan, dia ber'hugging' dengan kawan sebelah. T_T Adoi. Terlebih kasih sayang sungguh. Kanak-kanak yang sorang ni memang lain. Dia begitu serius mendengar. Bila sampai masa untuk diorang cuba depan komputer masing-masing, hanya kanak-kanak ni je yang tak bangun dari kerusi dan tekun menyiapkan kerjanya. Manakala yang lain sangat lah ringan tulang mereka berlari ke sana ke mari. Tiba-tiba, si tekun ni bising pula. "Teacher, why everybody kacau me, teacher they kacau me.." So cute bila si tekun mengadu macam tu dengan mulut muncungnya. Oh, harus tangkap gambar si tekun ni.

Dan bila saya tengok hasil kerja kanak-kanak ni semua, saya sangat terhibur. Macam-macam story yang saya boleh baca. Ada yang sekali saya tengok, rasa bangga budak ni faham arahan, tengok sekali lagi, dah jadi skrin berdarah. Habis semua diconteng warna merah. T_T Ada yang lainnya pula begitu tanpa rasa bersalahnya membuat pembakaran hutan secara terbuka. Cuba kau tengok sendiri.
Kan tak tipu ni.

2 comments:

Atishu Nurul said...

nice.. hik.. kena banyak sabar ngan budak-budak ni ^^

DyaClarey said...

betul tu. Paling banyak bersabar, dengan budak 4 tahun. 5 n 6 tahun dah nampak matured sikit compared to those 4 yrs old. Sampaikan kena main ugut mengugut la nak bagi diorang senyap n duduk diam ;p
Ada anak nanti, tahulah..