Friday, July 16, 2010

Tom Cruise I ADORE you

Nak jadikan cerita, hari ni saya lambat lagi ke sekolah memandu. Sebenarnya bukan lambat tapi memang saya suka datang orang putih kata sharp-sharp. Sampai dekat kaunter check in, fuh! Kak Mala takda lagi. "Cepat-cepat!" Ah. Dia datang dah. "Lambat lagi?" Hee. Sorry! Takpa, sengih je, bagi dia cool sikit. "Pergi masuk kereta depan tu, buat 5 perkara" What the??? Tiba-tiba je aku nak kena drive dah hari ni? Takpa umi, rileks je. Buat muka semangat. Dah la kau buat dia tunggu kau tadi. "Okay, jalan". "Hah? mana reti" "Tak pernah drive ke?" Gila ke kalau pernah drive takda la aku asyik sengih je kat kau nak bermanis muka bagi kau tak garang walaupun pagi-pagi ni muka aku ketat lagi. Nasib la Kak Mala tu faham yang I ni rookie lagi. Tekan clutch, masuk gear 1, turun handbrake, lepas clutch slow-slow. Jom pusing-pusing sampai pening. Gear 1 tu macam mana pulak dah. Tolong lah ajar macam I ni budak level bronze ye. Lepas sekali dua pusing, "Cemerlang. Pernah bawak kereta eh?" Ayat yang sama macam Liza cerita dulu masa dia belajar memandu. Adakah ini memang cara dia orang nak naikkan semangat pelatih? Apa pun, target saya tercapai la untuk dapatkan pujian macam Liza dapat tu. Heee. (Liza kalau hang baca, jangan marah tau)

Kejap. Tajuk entry ni macam dah tak relate langsung je ni. Tak nanti dulu. Lepas habis driving sejam tu, rasa tak bestnya nak balik rumah terus. Bosan. Laptop takda. Kawan takda. Rapid! Yes ada rapid boleh pergi Mid Valley. Dengan tak malunya pergi wayang sorang-sorang takda kawan macam sombong dan bongkak dengan semua orang yang beratur sebab I DAPAT FREE TICKET SEBAGAI GSC ONLINE MEMBER!! Sesiapa yang belum daftar GSC Online, sila rujuk birthdate dan daftar segera sebab dapat free movie pada harijadi kau. Tapi, makesure pada bulan tersebut ada banyak movie best sebab kau hanya boleh pilih movie yang bertanda * je. Dan faham-fahamlah biasanya yang free ni mesti ada sebab. Mungkin dah lama, mungkin selling slow, tapi pilihan saya hari ni memang bulls eye! Best dan seronok dan gembira sebab tengok filem free yang saya boleh bagi 5*****.


KNIGHT and DAY. Di sinilah detik pertama kali saya terjatuh hati dengan abang TOM CRUISE. Wey, dia dah pangkat uncle kot. Ah. Cinta tak mengenal usia okay. Beliau sangat macho dan cool bermain pistol.


Dalam cerita tu, even Diaz curi-curi lari dari perhatian Cruise, tapi Cruise cekap dan cepat je muncul bila Diaz dalam bahaya. Sangat protective lelaki seperti itu I LIKE!



Okay, malam ni nak mimpi abang Cruise lah. "With me, without me"

No comments: