Monday, March 18, 2013

Laksa Mummy Style



Salam. Meh sini belajaq masak-masak sama-sama. La ni nak tunjuk cara nak masak laksa resepi turun temurun mak kami.


Bahan-bahan (8 pinggan):

Laksa panjang  - sepeket (kami guna laksa basah. Tak payah rendam lama. Terus celur atas api sat ja)

Untuk Kuah:

Ikan sardin - setengah kilo
Asam jawa - segenggam (bancuh jadikan air asam jawa)
Cabai blend - 3 sudu
Belacan - 3 inci (banyaknya lebih kurang cabai tadi)
Daun kesom - Ikut suka. Lagi banyak lagi best
Asam keping - 3-4 keping
Garam secukup rasa

Bahan tabur atas:

Timun
Salad
Bawang besaq
Bunga kantan
Cabai (cili api kalau nak tambah pedas)
Fish cake / fish ball (kalau nak)
Limau kasturi
Telur rebus (kalau suka)

Ok, mula-mula siang ikan sardin, bersihkan dan rebus dulu. 


Pastu, tutup api, angkat semua ikan tu letak dalam bekas yang senang nak buat kerja-kerja debone. Iaitu mengasingkan isi dari tulangnya. Sediakan siap-siap bekas untuk tulang dan bekas blender yang tinggi tu. Oh, tulang ikan dan air rebusan tadi jangan buang ye. Yang tulah nak guna jadi kuah nanti. Rugi kalau buang.



Isi ikan terus je masuk dalam bekas blender tu.




Dah siap, bolehla mula blend isi ikan tu. Campur air ye untuk jadikan kuah. 



Siap blend. Tuang dalam periuk air rebusan tadi. Pastu, ulang balik proses untuk blend tulang pulak. Tapi ingat. Blend tulang jangan lama-lama. Sebab kalau hancur nanti susah nak tapis. Blend dalam 3-5 saat camtu je.


Pastu terus sediakan penapis yang lobangnya tak besar sangat dan tak halus sangat. Agak-agak tulang tak boleh lepas, ok la tu. Tuang je dalam penapis tu. Bawah dia jangan lupa tadah periuk air rebusan tadi. Jangan pegi tuang dalam sinki terus pulak. 





Haa..nampak tak tulang tersangkut. Tapi kadang-kadang ada jugak yang berjaya membolosi penapis tu. Kalau jadi camtu, sila basuh tangan bersih-bersih, kita nak buat kuah air tangan nama dia. Hihi. Seluk tangan masuk dalam kuah, sambil meraba-raba dekat lantai periuk tu. Kalau rasa ada tulang tu, kutip ler buang. Paham??



Pastu, masukkan jela bahan-bahan untuk kuah tadi semua. Garam tak payah letak lagi. Sebab bukan boleh nak test rasa lagi. Tunggu kuah masak sikit, baru ejas.


Tengok daun kessom made in KL. Kecut je dapat. Nak cabut dekat pokok, sayang. Baru nak hidup. Togel jugak pokok kesom comey kami tu.



 Belacan yang dibancuh dengan air. 
Kalau nak blend awal2 dengan ikan tadi lagi bagus. Tapi kami selalu lupa nak masuk sekali.





Ni hasilnya lepas semua bahan dah masuk dalam.




Bila kuah dah agak-agak nak masak tu, boleh la masuk fishball ke, fishcake ke. Pastu ejas garam semua.



Dah menggelegak, cukup masam masin dia, tutup api. 


Kuah dah siap. Apa lagi, celur laksa basah tadi sat ja. Bagi dia kembang sikit, pastu boleh la tabur sayur-sayuran tadi dan hidang.



Gambar dari google. Terlalu rakus nak makan, lupa nak snap gambaq. Heeee.



Extra Tips: 
Walaupun hidup berdua je, boleh nak buat banyak. Sebab laksa kalau disimpan lagi lama, lagi sedap sebab segala bahan dia mesra secukupnya. Memang sedap wacakapsamalu. Heee. Cubalah!

Monday, March 11, 2013

Meja makan IKEA yang murah

Baru beli meja makan dekat IKEA. Actually not a real meja makan, meja tu sebenarnya dalam kategori Workspaces. Tapi, kalau setakat nak letak lauk pauk atasnya, atau untuk menulis dan membaca this one will do kot. 




Reasons kenapa pilih meja ni:

1. Urgently kami perlukan sebuah meja panjang dan kerusi
2. Within budget, actually belum ada budget lagi, tapi still obtainable for this month
3. Can fit up to 6-8 chairs (berhimpit sikit lah) compared to another choise (which is much cuter)
4. I don't want to waste money for things yang after 5 years (or maybe 2)  I rasa nak tukar
5. Saya sukakan ke'simple'annya (So i can decorate as how i like)



One thing I like about IKEA is, kita boleh tentukan budget kita sendiri. For example, untuk this set, I beli separately. Table top, kaki meja, dan kerusi.



Harga:
Table top: RM 99
Kaki (legs) : RM 10 each x 4pcs = RM 40
Kerusi : RM 29.90 each x 4 pcs = RM 119.60

Total : RM 258.60 dah settle dining :)


Semuanya boleh sumbat masuk dalam sebuah MyVi ye. Walaupun masa nak beli tu teragak-agak takut tak muat nak campak table top tu, tapi dengan kepakaran kami berdua (yes, me and hubby) yang dok angkut barang-barang pindah dulu, finally we made it into Mr.Bean (Myvi)!!
Table top tu saiznya 75cm x 150cm. Masuk MyVi, terjulur sikit ke bahagian handbrake. Masa drive balik tu kira saya tak nampak my hubby kat sebelah la, tapi the voice still there. 




Tuesday, February 19, 2013

Surprise! Candle light dinner untuk Hubby

Tahun ni cepat pulak rasanya masuk bulan 2. Asal bulan 2 je mesti saya tak senang duduk sebab nak kena fikir, plan, shopping hadiah untuk birthday suami. Memang ni first time birthday dia as my hubby. Tapi sebelum ni pun mestilah sambut jugak as my 'zing' betul tak? Sebab tu mention "asal bulan 2 je....." Tapi dulu-dulu more to belanja makan, bawak kua g main2 kat petrosains, and lastly, bagi present. Bosan jugak asyik buat benda yang sama je. Mesti dia pun dah dapat agak and get ready.


So, kali ni jangan harap dapat get ready ye. Hihihi. Petang one day before the day, kami pergi keluar ke Mines sebab saya rasa macam nak menyanyi. And then dia ajak makan KFC pulak. Dalam hati saya ni dok cakap janganlah makan banyak sangat, nanti kenyang tak larat makan malam ni. Dia nak order Snack Plate, saya suruh dia upgrade ke Dinner Plate so that saya boleh tumpang makan dan kurangkan dia makan. Sembang-sembang dengan dia tanya hari Rabu berapa haribulan. Takmau la tanya besok berapa haribulan, kan nampak sangat tu. Konon-konon nak buat tak ingat tarikh sekarang la. Biasala, zaman sekolah dulu boleh la ingat tarikh setiap hari sebab ada tulis dekat papan hitam. So, kira punya kira, dapat lah tarikh harini. Eh, besok birthday orang tu lah! Dia pun buat-buat tak ingat. Eh yeke? Sambil senyum malu. Motipnya saja nak bagitau yang saya tak ready hadiah untuk dia. So tanyelah nak hadiah apa, dia cakap tak payah hadiah. Ok lah, fine. Senang cerita. Lepas tu jalan-jalan kejap, pancing dia nak pegi Daiso kejap nak cari apa yang patut untuk decor meja. Cari bunga takde yang cantik, cari "wine glass", mahal pulak nak beli 2. Cari table cloth, takde yang besar. Semua dia jual perca je. Ada tu ada, yang stail dulu-dulu yang berlubang-lubang tu. Akhirnya, ambik je kain perca kotak-kotak untuk jadikan table runner. Idea alternatif untuk table cloth, saya guna tudung bawal hitam yang dah lama tak pakai. Lilin dah beli siap-siap awal lagi. Sebab saya suka pasang lilin aromatherapy kat rumah malam-malam. So, gunakan apa yang ada je. Jimat. Saya memang tak suka membazir. Kalau membazir saya rasa nak nangis. Heee. 


Balik rumah, suami nak keluar pula jumpa member katanya. Dalam hati, yes! Pergi keluar lama sikit sempat aku prepare semua. Tapi dekat mulut, macam-macam tanya jumpa siapa, dekat mana, berapa lama. Berlakon itu harus! Masuk je rumah, cepat-cepat keluarkan bahan-bahan semua, panaskan oven, panaskan itu ini. Resepinya nak buat lamb chop blackpepper sos dengan mixed vege dan potato bakar, pastu nak buat dumpling sikit sebab hubby suka. Sos blackpepper dah siap buat tengahari tu, just panaskan balik je, cairkan sebab dah makin pekat. Dumpling pulak dah siap bancuh inti dia, cuma nak kena balut-balut je dengan kulit popia. Ni pon kes last minit cari barang, sempat jumpa kulit popia je. Agak susah nak buat bentuk dumpling tu pakai kulit popia yang agak tebal dan keras ni, so balut-balut jadi macam popia je. Huhu. Sambil prepare semua kena check jugak si hubby ni dah dekat mana. Buatnye dia muncul depan pintu, dah tak menjadi surprise kang. So, check lah beberapa kali buat-buat tanya balik lambat lagi ke apa semua. Sambil tu jugak kena setup meja, yang penting setup lilin, aromaterapi dan ni lagi penting. Cari lighter standby kat meja. Fuh, siap dah deco meja. Lagi satu, jangan lupa pasang lagu jiwang-jiwang slow je untuk hidupkan suasana sesuai dengan kesamaran malam. 



Ni hasil setup meja malam tu. susunan garpu dengan pisau tu taktau la betui ke idak lupa nak buat research awal-awal. Heee. Dan, nasib baik ada orang bagi hadiah gelas kaca bentuk camtu, boleh letak lilin kat dalam tu bagi efek menarik. 


  



Tak payah dessert bagai, laki saya tak layan semua tu.

Siap semua, cepat-cepat mandi wangi-wangi, dress up semua, standby tutup lampu semua tunggu hubby balik. Dia sampai depan rumah je, bukak pintu, terkejut dia macam salah rumah. Tak boleh ingat reaksi dia masa tu, saya gelak kekeh-kekeh dalam hati. Menjadi surprise aku. Hihihi.


Dia masuk dalam, selamber kodok je bukak baju terus duduk nak makan. Haih! Apa ni orang candle light dinner kena pakai baju. Hahaha. Laki sapa nih. 


Ni dia birthday MAN.


Sekali lagi, tolong senyum lebih sikit. Tu je dia boleh bagi. Huhu. Layan...




Wednesday, February 13, 2013

Bermain di Desa Waterpark


Mengalahkan kanak-kanak je nak datang main air dekat sini. Heee. Sebenarnya saja mengajak hubby keluar rumah bermain-main. Asyik keluar kerja je kan. Bosan jugak. Plan nak pergi makan angin jauh sikit, tapi memandangkan banyak perkara nak setel kat rumah. So, here it is! Desa Waterpark. Taman tema air paling kecik tapi ada Thunderbolt terpanjang di Asia. Ruginya tak try. Huhuhu.








Pasal kos kat sini, seingat saya, tak silap dalam 3 tahun lepas saya pernah sampai sini dan tiket masuk berharga RM25 untuk dewasa. Tapi sekarang dah naik jadi RM30. Cepatnya naik. Kanak-kanak pula RM20. Kalau datang sini, sila pastikan anda berada lebih dari 3 jam baru berbaloi dengan harga tiket. Sama juga macam taman tema air yang lain tak dibenarkan bawa masuk makanan so makesure makan siap-siap dekat rumah kalau nak jimat sebab makanan kat dalam tu tak berapa best, and foresure mahal dari biasa. Lepas dah masuk dalam, beg nak simpan mana? Kalau datang beramai-ramai boleh la take turn jaga menjaga beg memasing kan. Tapi kalau datang berdua terpaksa ambil 1 token berharga RM5 untuk simpan beg persalinan dalam locker. Satu token tu boleh lock sekali je tau. Kalau nak main buka tutup banyak kali, belilah token lebih seberapa banyak kau nak main buka tutup locker, okay? Kalau tak, jangan lupa keluarkan duit baru RM5 dan RM1 yang macam plastik tu simpan dalam poket siap-siap bawak mandi. Baru saya tahu kegunaan duit plastik. Heee. Okay, lepastu dekat sini kalau tak ada pelampung, tak best main air sebab banyak ombak-ombak rindu untuk kita belayar. So, sediakan RM 15 untuk sewa pelambung double yang bentuk 8 tu. Ataupun boleh ambil single tube RM10. Mahal kan? Tapi jangan risau, lepas pulangkan tube tu dia pun bayar balik RM5 dekat kita. 



Okay, jom main air!!







Shock wave yang ombaknya dipasang pada masa-masa tertentu. Masa saya sampai tu jam 12 lebih kurang dia tengah berombak, tapi hubby tak bagi main lagi sebab ramai orang. So kami pun menghabiskan masa ber"cruise" dekat Action River. Seronok dekat sini. Rileks je bersantai atas tube 8 tu, sambil berpusing sepanjang kolam tu. 

tempat bermula pelayaran


 kolam yang panjang


Tarikan dekat Action River ni satu je, terjunan air keras dari bumbung batuan dekat satu sudut tu. Dekat 10 round jugak kami pusing nak main "air tejun" ni. Ni baru betul-betul mandi.

air terjun


Penghabisan River Action. 





Okay, kat bawah ni sekitar tempat main kanak-kanak. Means, kami berdua disqualified la untuk masuk sini walaupun saya lagi berminat nak masuk sini. Kesian.





Haa... ni lah thunderbolt terpanjang tu. Jarang-jarang diorang buka. Kalau buka pun dalam 15minit je. Tapi memang syiok lah bila dia buka, sebab dekat River Action bertambah banyak air terjun. Tambah lagi 3 round. Heee. 







Selain dari kolam-kolam tu semua, ada jugak Extrem Park. Ada ATV, Flying fox dengan Archery. Semua main dekat situ. Tepi-tepi kolam. Tapi yang ni ada charge lain. Setiap aktiviti kena RM10 fees. Kat luar pun ada, lagi murah diskaun 50% tapi pemandangan tak best lah. 



Dalam pukul 4.00petang baru kami pergi tukar baju siap-siap nak blah. Kecut habis tangan kaki semua. Tapi sebelum tu, tangkap gambar bukti yang kami berdua dah jejak sini. *peace*


Macam biasa, dia mesti nak cari Twisties jugak.


Tengok tu, dah tak ingat bini kat sebelah.



 Tangkap gambar pun nak pegang Twisties dia. Takut kita habiskan.




 Susah betul nak dapat gambar perfect!


Okay, bye!







Saturday, February 9, 2013

Balik kampung yang sangkut-sangkut

Mesti ramai yang dah selamat sampai kg masing-masing kan? Untunglaaa. Mana tak nya, semalam jalan kat KL sangat clear,okey. Even parking dekat ofis pun clear jugak. Takde lagi kereta-kereta manja yang nak parking rapat-rapat. Masing-masing sombong dan megah mencari port selesa sendiri. Oh bahagianya kalau setiap hari pun macam tu.

Tapi lain pula kami ni. Ikutkan plan nak gerak balik kampung pukul 9 pagi KONON nya lah kan. Sekali, pukul 10 baru nak kemas baju, mandi semua. Haa amekaw! Pukul 12 baru keluar rumah. Heee. Dah la lewat dah, sempat pulak menapak dekat The Mines sampai pukul3. Ni lepas kempunan nak window shopping nama dia sebab hampir 4bulan tak berpeluang jalan-jalan buang masa. Setiap detik amatlah sibuk. So, pukul 3 baru gerak keluar Mines, tong minyak siap-siap sebab dah tau dekat highway nanti dah susah nak stop dekat hentian. Memang betul pun. SEMUA stesen minyak dekat highway PLUS beratur kereta.



Mulanya jalan masih clear sebelum masuk Behrang. Lepas tu, nah amekaw lagi sekali. Speed kereta ni sekarang paling laju pun 30kmj. Dari jauh lagi dah nampak no way escape. Homaigosh! Pukul berapa boleh sampai Taiping ni.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 8, 2013

Percubaan post guna email



Salam. Haa...best tak baru tahu satu cara nak publish post pakai email. Heee. Cara ni sesuai untuk yang sentiasa online dekat phone especially Blackberry sebab dia takda application Blogger macam Facebook tu. So sangat tak praktikal kalau nak post through web browser sebab tau lah kan blog sangat sarat dengan gambar. Sepuluh jam tunggu blog tu load habis2. So, this is it. My first email blog post ever :)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, January 31, 2013

Ikan Bakar Resepi Si Suami



Salam. Disebabkan masa kawin haritu dapat hadiah 2 biji oven, kalau tak guna lagi tak tau nak habaq la wi. Heee. Kami berdua memanglah tersangat gembira bila dapat hadiah. Tak kira apa pun. So, kalau ada yang still nak bagi hadiah kami terima dengan hati terbuka. Heee. 



Okay, so ni lah dia dua biji oven yang kami dapat. Yang kecik comey kat atas tu kakak sulung dan abang ipar saya yang bagi. Yang besar macam nak suruh saya jadi chef tu keluarga Kakak ipar yang bagi. Tapi disebabkan kami dah ada 2 biji, jadi kakak saya offer nak tukar hadiah dengan saya. Sebab even dia bagi oven kat kami, dia sendiri pun belum ada oven. Heee. So saya bersetuju. Pertukaran oven dengan blender sebab saya masih belum ada blender. Sebelum ni pun kitorang ada bertukar hadiah juga sebab saya dapat set periuk sampai 2 kan. Dia pula still ada sebuah rice cooker yang belum digunakan. Kenapa membazir, marilah berbarter. Barulah cepat sikit lengkap rumah masing-masing. Lagipun dia baru je setahun mendirikan rumah tangga. Terima kasih kerana sudi menjadi bukan bisnes partner tapi barter partner. Heeee.



Ini lah pertama kali saya menggunakan oven seumur hidup. Setiap kali nak guna harus sentiasa ada buku manual di tangan. Dan malam tadi kami bercadang untuk bawa bekal ikan bakar. Jadi suami pun tunjukkan skill yang dia ada membuat bahan perapan ikan bakar. Semalaman diperap, pagi tadi saya bangun awal dan bakar. Di mana janji manismu yang nak bangun awal untuk bakar ikan, hai suami? Heee. Tak kisahla. Bukan susah pun nak tolong bakar. Angkat letak atas tray terus masuk oven je. Tunggu 20 minit sambil iron baju kerja, TING!! Kan dah siap...Harum semerbak lah rumah kami pagi tadi. Suami bangun terus pergi dapur dulu tengok apa yang special. Dia ingatkan saya buat cucur ikan bilis feveret. Hihihi.



Dipersembahkan ikan keli bakar si suami. Satu lagi dah kena bungkus. 


Nasib baik ikan ni kena bakar. Kalau tak, bersilat lagilah dengan dia kat dalam kuali. Huuu