Thursday, October 14, 2010

Latino Filamo Festivalo

hi! hi! super excited bila dapat emel from GSC. Ada festival filem Latin dekat Pavilion, 1 utama dan Mid Valley bermula 14 hingga 16 Okt. Umi Nadiah likes this (thumbs up).


Ada movie yang freeshow dan ada yang kena bayar harga dia rate harga biasa la. Dah lama xtengok cerita espanyola (tiba-tiba bertukar bahasa) jadi, saya plan nak tengok cerita "Bossa Nova" harini dekat Mid Valley sebab dia FREE je! Just bayar tambang bas pergi balik RM2 sudah. Dan untuk pengetahuan you all, sesiapa yang nak tiket free tu kena pergi redeem on the same date movie ditayangkan ok! Jangan cakap saya tak bagitahu.


Nak double confirm lagi, sila layari gsc.com.my. Alang-alang dah lawat website tu, sesiapa yang birthday dah dekat tu, cepat-cepat la sign up jadi member online. Sebab nanti dapat tiket free on your birthday! macam yang saya dapat dulu. Walaupun dapat untuk kau sorang je, kau boleh ajak saya (ajak tu maksudnya belanja sekali) untuk teman kau. Ok, cukup lah mesej I dah tersampai kat you all. I nak pergi mandi bersiap siap ke Venezuela. Pewwiittt!

Te amo muchoo!!

Tuesday, October 5, 2010

Tumbesaran Berduri


Dia dah berputik! Sekali dua terus keluar. Oh, bahagia sungguh! Macam dapat anak kembar pulak. Oh, sebelum cik-cik sekalian tercengang ntah apa la minah ni merepek sorang-sorang, saya ada beli kaktus macho. Duri dia begitu rakus dan ganas kelihatan. Kenapa saya beli kaktus ni? Kaktus ni sebenarnya untuk peliharaan En.kumbang. Namun, atas alasan masih belum bersedia untuk menjadi bapa, maka, En.Kumbang meneruskan zaman bujangnya tanpa si Kaktus merbahaya di sisi. Jangan risau En.Kumbang, hak jagaan masih menjadi milik awak :)

Zaman dulu kala, masa dekat USM pernah la beli satu kaktus yang bentuknya macam bunga teratai mengembang tu. Lepas 3 hari bela dengan penuh kasih sayang dan manja, dia sangat lemah sebab dah sebu telan air banyak sangat. Terputuslah ikatan antara kami selepas 3 hari bersama.


Seterusnya, saya sekali lagi nak cuba menyemai kasih terhadap tumbuhan. Cerita bermula ketika Kak Ida officemate heret saya ke IKEA. Pusing punya pusing saya cuma ada budget untuk beli kaktus je berharga RM3.90. Ternampak pula si mickey mouse cute dua ekor. Saya yang dah mula agak matang dan sedar bahawa "kaktus kena letak bawah matahari jugak la ngek" mula la tercari-cari port yang bagus untuk si tikus kembar. Tingkap! Yes! Macam cantik letak atas para luar tingkap. Malangnya si kembar agak berat dan tak stabil di luar tu. Angin begitu kencang dan kedua-dua mangsa di tolak jatuh dari tingkat 16. Dengan jantung berdegup kencang macam melihat kematian di depan mata, saya nampak si kembar melayang jatuh ke bawah dengan slow motionnya. Sambil menjerit, saya tunggu sampai si kembar terhempas atas tanah. Lalu terus bergegas sarung sweater dan bertudung, turun lift untuk menuntut mayat. Sebak di hati melihat si kembar sudah patah kedua-dua telinganya. Saya masih tekad mengutip dan berharap mereka masih hidup. Namun.. Bye!


Sunday, October 3, 2010

Pembikinan Tanah Belakang Blog

Tanah belakang (background) blog ni murah je kos dia. Tak payah beli atau curi daripada sesiapa (p/s: sapa mencuri kena potong tangan). Mulanya saya dan acu pergi ke pameran flora apa tah dekat putrajaya bersama kawan-kawan. Bunga-bunganya saya tak snap gambar pun sebab dah banyak dah gambar bunga dalam laptop saya dulu. Setiap hari mak mesti snap gambar anak-anak angkat (iaitu bunga) kesayangannya. Asal berputik dan merimbun je, harus ada dalam laptop juga. Jadi, saya dah biasa melihat bunga. Apa kata tengok kumbang pula. Ehem! Maka haruslah snap gambar En. kumbang saya. Cuba berkali-kali sandar handphone dekat batu, daun dan lampu, akhirnya berjaya snap gambar di keheningan malam. Oh, orang begitu sesak, jadi harus menyelit di celahan pokok je. Ini pun shooting asyik tergendala akibat iklan penaja yang tak puas kaya.

Gambar real dah tak tahu dekat mana simpan, tapi ilham daripada gambar real saya lukis atas kanvas photoshop kegemaran. Lepas melukis dan mewarna dengan tekun (cover zaman kecik-kecik dulu tak reti mewarna), inilah hasilnya..

Mula-mula cuba nak lukis background yang sama, tapi macam "huduhnya, macam nak sorok muka dalam tong sampah". Tapi sebab dah ada background baru, saya tak malu nak tunjuk background huduh dan tak siap lagi ni. Cuba kau pandang sebelah mata.


Kemudian, lebarkan lagi kanvas, dan berfikir nak tukar background biar lain dari gambar real. Atau lebih tepat, baik aku lukis yang senang sikit daripada yang serabut payah gila nak lukis tu.
Dengan titi, pokok bagai.. Dan hasil penat jerih peluh menitik-nitik dalam kuali, inilah final designnya. Tolong jangan kritik dengan rama-rama yang terbang meninggalkan tapak kaki tu sebab saya rasa dia cute sangat buat macam tu.


p/s: saya nak laptop sebiji untuk lukis gambar saya setiap hari. Gila obses dengan diri sendiri tak malu!