Tuesday, October 5, 2010

Tumbesaran Berduri


Dia dah berputik! Sekali dua terus keluar. Oh, bahagia sungguh! Macam dapat anak kembar pulak. Oh, sebelum cik-cik sekalian tercengang ntah apa la minah ni merepek sorang-sorang, saya ada beli kaktus macho. Duri dia begitu rakus dan ganas kelihatan. Kenapa saya beli kaktus ni? Kaktus ni sebenarnya untuk peliharaan En.kumbang. Namun, atas alasan masih belum bersedia untuk menjadi bapa, maka, En.Kumbang meneruskan zaman bujangnya tanpa si Kaktus merbahaya di sisi. Jangan risau En.Kumbang, hak jagaan masih menjadi milik awak :)

Zaman dulu kala, masa dekat USM pernah la beli satu kaktus yang bentuknya macam bunga teratai mengembang tu. Lepas 3 hari bela dengan penuh kasih sayang dan manja, dia sangat lemah sebab dah sebu telan air banyak sangat. Terputuslah ikatan antara kami selepas 3 hari bersama.


Seterusnya, saya sekali lagi nak cuba menyemai kasih terhadap tumbuhan. Cerita bermula ketika Kak Ida officemate heret saya ke IKEA. Pusing punya pusing saya cuma ada budget untuk beli kaktus je berharga RM3.90. Ternampak pula si mickey mouse cute dua ekor. Saya yang dah mula agak matang dan sedar bahawa "kaktus kena letak bawah matahari jugak la ngek" mula la tercari-cari port yang bagus untuk si tikus kembar. Tingkap! Yes! Macam cantik letak atas para luar tingkap. Malangnya si kembar agak berat dan tak stabil di luar tu. Angin begitu kencang dan kedua-dua mangsa di tolak jatuh dari tingkat 16. Dengan jantung berdegup kencang macam melihat kematian di depan mata, saya nampak si kembar melayang jatuh ke bawah dengan slow motionnya. Sambil menjerit, saya tunggu sampai si kembar terhempas atas tanah. Lalu terus bergegas sarung sweater dan bertudung, turun lift untuk menuntut mayat. Sebak di hati melihat si kembar sudah patah kedua-dua telinganya. Saya masih tekad mengutip dan berharap mereka masih hidup. Namun.. Bye!


2 comments:

Anonymous said...

hi!This was a really magnificentsuper blog!
I come from roma, I was fortunate to search your Topics in google
Also I get much in your website really thank your very much i will come later

DyaClarey said...

hi! thanks for your support. Do visit again :)