Sunday, October 3, 2010

Pembikinan Tanah Belakang Blog

Tanah belakang (background) blog ni murah je kos dia. Tak payah beli atau curi daripada sesiapa (p/s: sapa mencuri kena potong tangan). Mulanya saya dan acu pergi ke pameran flora apa tah dekat putrajaya bersama kawan-kawan. Bunga-bunganya saya tak snap gambar pun sebab dah banyak dah gambar bunga dalam laptop saya dulu. Setiap hari mak mesti snap gambar anak-anak angkat (iaitu bunga) kesayangannya. Asal berputik dan merimbun je, harus ada dalam laptop juga. Jadi, saya dah biasa melihat bunga. Apa kata tengok kumbang pula. Ehem! Maka haruslah snap gambar En. kumbang saya. Cuba berkali-kali sandar handphone dekat batu, daun dan lampu, akhirnya berjaya snap gambar di keheningan malam. Oh, orang begitu sesak, jadi harus menyelit di celahan pokok je. Ini pun shooting asyik tergendala akibat iklan penaja yang tak puas kaya.

Gambar real dah tak tahu dekat mana simpan, tapi ilham daripada gambar real saya lukis atas kanvas photoshop kegemaran. Lepas melukis dan mewarna dengan tekun (cover zaman kecik-kecik dulu tak reti mewarna), inilah hasilnya..

Mula-mula cuba nak lukis background yang sama, tapi macam "huduhnya, macam nak sorok muka dalam tong sampah". Tapi sebab dah ada background baru, saya tak malu nak tunjuk background huduh dan tak siap lagi ni. Cuba kau pandang sebelah mata.


Kemudian, lebarkan lagi kanvas, dan berfikir nak tukar background biar lain dari gambar real. Atau lebih tepat, baik aku lukis yang senang sikit daripada yang serabut payah gila nak lukis tu.
Dengan titi, pokok bagai.. Dan hasil penat jerih peluh menitik-nitik dalam kuali, inilah final designnya. Tolong jangan kritik dengan rama-rama yang terbang meninggalkan tapak kaki tu sebab saya rasa dia cute sangat buat macam tu.


p/s: saya nak laptop sebiji untuk lukis gambar saya setiap hari. Gila obses dengan diri sendiri tak malu!

No comments: