Wednesday, June 2, 2010

Susunan Huruf-huruf Dari Nama Anda


Berdasarkan tajuk entry ini, mari saya perkenal teman bilik saya yang baru. Namanya Nurhanisah tapi nama glemernya INA. Setiap kali dia perkenalkan nama dia dekat orang, pasti ada yang tersalah panggil ANI. Sebab apa, mana datangnya INA tu daripada HANISAH melainkan ANI? Musykil tapi masih boleh dipertimbangkan ye murid-murid. Kerana ANI di"derive"kan daripada HANISAH. Maka, ANI diterbalikkan menjadi INA. Betul? Jadi, terimalah seadanya nama glemer orang ok? Oh, ya. Sebelum menterbalikkan nama orang, sila try sebut berkali-kali dulu. Sedap x? Jangan pula NADIAH dipanggil HAID! Kurang sopan ye macam tu. Satu lagi insan yang menjadi persoalan tentang nama2 glemer ni, ialah abahku sendiri. Namanya Nawawi tiba-tiba bertukar ZAM. Penat ditenung-tenung nama NAWAWI, akhirnya mendapat jawapan yang lebih kurang macam kreatif. Camni, ianya diambil daripada NAW. cuba N di"rotate" 90 darjah ke kanan, sama dengan Z kan? A maintain macam tu. Kemudian, W diterbalikkan ke bawah menjadi M. Tak sangka saya kreatif sebegini rupa. OH~
Iklan. Nak mengajar kanak-kanak harus kreatif tahu.

No comments: