Tuesday, November 20, 2012

Kenduri dan Family Hubby


Minggu ni sedikit kecewa dan sedih kerana tak dapat bersama-sama meraikan perkahwinan sahabat baik semasa di Uni. Tak sabar rasanya nak dengar khabar berita dari tuan punya badan yang baru bergelar pengantin baru. Sangat teruja rasa nak berjumpa semula. Namun, yang patah tumbuh, hilang berganti, yang kurang, diisikan.






Kekecewaan terubat dengan kedatangan ahli keluarga hubby semua pakat turun KL untuk meraikan satu lagi majlis perkahwinan yang lain, sepupu hubby yang bernama June. Majlisnya yang betul-betul meraikan tetamu dengan hidangan yang sangat lengkap dan nasi beriani yang lembut enak dimakan. Tak cukup dengan tu, ditambah lagi khemah di luar dewan menyajikan hidangan bihun sup campur bersama mi kari yang saya tak sempat nak merasa sebab terlalu kenyang. Ada suara-suara bisikan yang bagitahu bahawa kos katering sahaja mencecah 27K OMG ni memang mentekedarah ke apa ni. Hee.





Jadi, bermulalah episod hidup saya sebagai isteri kepada Azman yang tak lepas-lepas diperkenalkan oleh mak mertua kepada saudara-mara. Oh, sangat ramai sampai susah nak ingat bila jumpa lagi sekali. Harus selalu berjumpa dan biasakan diri. Oleh kerana ini adalah kenduri saudara, maka harus tunggu sampai kenduri tamat dalam hampir jam 5:00 petang. Penat memang penat, tapi gembira sebab dapat bawak balik doorgift yang banyak serta lauk pauk berlebihan yang sengaja ditempah lebih untuk bekalan sanak saudara khabarnya. Ikatan persaudaraan mereka sangat kuat dan saya suka melihatnya.




Ni baru sebahagian. Ada banyak lagi.



(Dari kiri) Biras, biras, kak ipar, biras




Anak buah (kanan saya) serta biras (kiri saya).
Berbaju sedondon yang disponser mak mertua


Seusai majlis semua, berkemas-kemas dan berpacking, kami terus berangkat ke rumah kakak ipar, Kak Ila di Shah Alam. Rupanya semua yang tinggal di area KL, Rawang, dan utara masing-masing dah plan nak bermalam di situ. Mak ai, muat ke satu rumah tu? Masing-masing siap bawak toto, bantal semua, maklumlah rumah orang baru kahwin mana ada semua tu. Segalanya hanya cukup-cukup sahaja untuk tinggal berdua. Peringatan untuk diri sendiri, harus tidak memenuhkan ruang rumah dengan hiasan yang tak perlu sebab kemungkinan besar rumah kami pula yang akan dikunjungi dan menjadi tempat penginapan keluarga yang besar ini. Jadi, harus sediakan toto yang banyak. ok! Telah diusulkan kepada hubby. Hehe. Oh, harus sediakan tempat bermain untuk kanak-kanak juga. Anak buah saya memang sangat ramai. 27 orang semuanya. Hambik kau! Best kan?



Anak buah Generasi ke-3


LISA: Yang ni paling manja dengan cik abang.






Kamilah pengantin baru yang belum naik pelamin :p




No comments: