Tuesday, January 8, 2013

Projek Cat Rumahku

This is an unplanned project by both of us - me and hubby. Hari Sabtu lepas kami actually keluar untuk makan tengahari dekat port panas kami macam biasa lah. Then memang dah plan bawa duit lebih untuk pergi tengok2 peti ais kat kedai. Nak cari yang bajet-bajet aje lah plan nye. Baru-baru nak hidup ni kan. Sekali pusing punya pusing tak tentu arah tuju, dan siap berpatah balik sebab dah macam masuk highway nak ke Perak dah kau tau. Punya lah tak arif nak cari barang kelengkapan rumah. Last-last ke tempat biasa lah kami area rumah bujang dulu. Singgah di kedai menjual segala jenis hardware tu,ada pula jual cat. Habislah. Terus teruja nak mengecat rumah yang dindingnya dah jadi papan lukis kanak-kanak tu. Tokey kedai terus buka katalog warna cat. Tak banyak jenis dan warna yang ada. Cuma ada brand Seamaster yang berharga RM35 untuk satu tong 7L. Satu kelebihan cat ni, tak berbau. Masa cat, siap cat memang tak berbau cat. Based on my research, ada jadual paint estimator untuk bajet berapa tong nak beli untuk saiz rumah. Maybe it helps a bit.






Sebelum ni saya memang plan nak guna warna kelabu, inspired by dinding office. Sebab warnanya tak terlalu terang, dan ada warna sikit instead of putih. Memandangkan rumah agak kecil space ruang tamunya, so kena pakai warna cerah je. Tapi suami makin teruja nak buat dua warna. Jadi saya suruh dia pilih satu warna yang terang sikit barulah naik warnanya. Kalau tak, sia-sia jela pakai dua warna. Sebab terpedaya dengan gambar ruang tamu dalam katalog tu (sekarang dinding kami inspired by katalog pula), suami pun pilih warna biru. Tak perasan apa nama biru tu tapi warnanya agak terang juga, saya suka lah. Sejuk je nampak gambar tu. Terus setuju tak berfikir panjang lagi. Pusing-pusing kedai lagi cari alat-alat mengecat, hose gas dengan kepala dia segala bagai tu, setel. Total harga RM108 tunai. 


Lepas tu kami meneruskan pencarian kedai peti sejuk yang kawan saya pernah bagitau. Cari punya cari, jumpa tapi tutup. Susah la macam ni kalau kedai tutup masa hari cuti. Terus balik rumah, suami terpengsan atas sofa, saya macam biasa terus ke dapur kemas-kemas apa yang patut. Sakit mata tengok keadaan dapur yang still penuh kotak-kotak barang pindah. Tak boleh kemas sepenuhnya lagi sebab takde kabinet nak simpan barang. Tambah pula barang orang lama still penuh dalam store room. Sakit. Sakit.


Bila dah malam saya dah mati kutu tak tahu nak buat apa, terus ajak suami mulakan projek mengecat rumah. Tapi sebelum tu kena isi perut dulu. Sebab peti ais takde, so tak dapat masak lagi. Suami pergi tapau dinner, dan beli ais seplastik. Katanya takde ais, tak best buat kerja. Okay, fine. Dah habis makan, sambil tengok cerita Kungfu Panda dekat TV, kami sama-sama angkat sofa ubah ke dapur dan bilik. Hampar newspaper semua so that tak tumpah atas lantai, tampal selotape dekat tepi-tepi dinding. Ambil cat nak buka. Mak aih, punyalah susah nak buka penutup cat tu! Lama jugak lah kami cuba. Cari idea, dengan berbekalkan tools dari dapur (senduk besi, playar, pisau) akhirnya berjaya. Teknik dia adalah dengan memotong sedikit bahagian penutup cat tu untuk buat ruang sebelum boleh kopak penutup tu ke atas. Takde ruang tu, korang korek lah macamana pun, sia-sia saja. Sebab tong ni jenis plastik.





Dah buka, tuang dalam pallet dia, terus tempek dekat dinding dengan rakus sebab nak cepat siap. Banyak dah buang masa dekat tong cat tadi.





 Saya punya part hanyalah dinding pertama je. Siap yang tu je, saya dah surrender sebab penat sangat dan ngantuk. Masa tu jam 2.10am. Masuk bilik, tak sedar apa dah terus lelap sampai jam 7 pagi saya baru terjaga. Pandang sebelah, suami takde. Saya rasa dia tertidur di sofa sebab biasanya macam tu masa tengok TV lewat malam. Apa lagi, terus bangun konon nak kejut suami. Sekali dia bagi surprise dekat saya, semua dinding dah setel. Warna biru, kelabu semua dah siap. Masa tu dia tengah kemas-kemas lap lantai je. Kau tengoklah hebat tak hebat suami I mengecat dari malam sampai ke siang non-sleep! Nampak saya dah bangun, dia suruh saya masuk tidur lagi sebab bangun tunjuk muka seposen yang penat. Tapi, mana boleh tidur fikirkan suami dah penat-penat bekerja tak tidur, saya tolong menyapu mana yang patut. Angkat sofa susun balik semua. Teringat kami ada beli langsir sebelum masuk rumah. Baru sedar yang warnanya tak masuk dengan warna dinding. Habis. Tapi takpe, pasang juga sebab alang-alang dah terbeli. Dah setel, Suami request nak cucur ikan bilis. Apa lagi, terus masuk dapur, potong-potong, bancuh-bancuh, goreng-goreng sementara suami basuh berus cat dan mandi.




Nah, tepesel untuk orang kuat kerja :")


Siap makan semua, suami macam biasa dengan cara yang tersendiri untuk rileks, ambil laptop dan layan movie sampai tertidur. Saya meneruskan projek kemas rumah dan kali ni target saya nak simpan hadiah-hadiah kahwin yang belum nak digunakan.

Tengok lah langsir tu, dah la warna kelaut, singkat pulak tu. Kesian sliding door jadi magsa keadaan. Heee. Bertahan ye, nanti kita kasi baru warna suci sikit.



Frame gambar tajaan sahabat baik Atiqah macho



Yang mana ada ruang kosong tu, siaplah. Tak lama lah tu. Heeee.
Oh, Jam Crocodile yang belum digantung tu, tajaan sahabat bas balik kg zaman sekolah dulu, Faizah Muin :) 



Susun atur terbaru:

Atas sofa yang kosong dah ada peneman baru :)

 Lights on


Lights off

Friday, January 4, 2013

Berjinak-jinak dengan Jahitan



Hidup seorang wanita bekerjaya yang tak berapa nak jaya sangat, 11 jam di luar rumah, 13 jam di rumah. Itu pon kena tolak waktu tidur lagi, jadi tinggal 5-6 jam sahaja beraktiviti di rumah. Bosan kan? Tolak basuh baju, mandi, masak semua, tinggal lah berapa jam aje untuk berehat layan hobi di rumah. Sampaikan bila fikir pasal hobi, dah macam takde hobi lagi dah. Adoi. Memang parah kalau diteruskan macam gini. Okay, bukan nak membebel. Sekadar merenung masa depan keluarga. Cewah!


Jadi, malam tadi balik dari kerja aje, saya dan suami terus fikir nak makan apa. Itulah rutin harian. Nak masak memang tak lah kalau dah lapar cenggitu. Jadi, terus lah kami ke kedai makan belakang rumah yang ada buat mi celup. Pernah try sekali, tapi macam tak kena pulak dia letak limpa dalam sup tu. Rasa dia errr...yucks! Sambil tu cuci mata sekali tengok pemandangan belakang rumah orang kaya-kaya. Teringin nak masuk tengok dalam rumah dia macam mana. Ada tak yang sudi invite saya untuk tour you punya rumah yang cantik dan besar?





Okay, selesai makan dan cuci mata, kami balik rumah sebab suami ada program di malamnya jadi harus sediakan pakaian. Baju pon belum iron, seluar belum potong dan jahit di bawahnya. Kelam kabut juga lah saya iron baju dan suruh suami keluarkan "mesin jahit" comel dalam kotak yang masih bertimbun dekat dapur tu. 

Dah lama tak guna ni, ada hati nak belajar pasang-pasang benang dia time tu jugak. Tak sempat! Maka terpaksala tangguhkan niat nak jahit seluar yang suami nak pakai tu. Jadi, lipat-lipat aje sorok dalam bahagian kaki yang panjang tu. Siap aje suami keluar, saya pon dah berwangi-wangian mandi semua, duduk semula depan TV   bersama seluar-seluar panjang suami yang dah agak buruk dan rosak. Ini kes sayang nak buang seluar tu, memandangkan suami juga agak kurang stok seluar di rumah, maka suami request nak jadikan seluar pendek paras lutut. Dia dah siap potong dan minta saya jahitkan. Bagus juga, boleh belajar menjahit dan mencantikkan skill jahitan yang sangat basic ni. 


So, jahit punya jahit, siaplah satu seluar yang agak tebal ni. Yang ni jenis corduroy (sebut "kodroy") fabric. Selamat tak patah jarum mesin jahit comel tu. Ehemm..Tengoklah siapa punya kelembutan tangan. Kahkahkah.




Dan, bila dah siap satu, siap sendiri jadi model pulak tu nak try pakai best ke tak, terus excited nak buat lagi. Ambil seluar slack suami yang dah ada defect sikit dekat bahagian poket sebab masa bujang dulu tertetas benangnya, dia letak gam UHU ke gam gajah tak tau, Jadi meleleh kat tepi-tepi tu dan tinggalkan defect. So daripada buang terus, lebih baik saya cuba nasib. Heee. Jadi saya ukur seluar tu mengikut saiz seluar kodroy kat atas, tapi saya lebihkan sikit so jadi seluar tiga suku. Boleh tutup lah sikit lutut tu kan. Tak tahulah dia nak pakai tak. kalau taknak, isteri dia boleh pakai. Sama saiz je. Heee. Tapi yang ni kena jahit jelujur kasar dulu sebab fabric dia licin. Yang kodroy tadi bantai letak jarum je untuk bajet ukuran dia.






Suami balik, seronok la dia ada seluar tambahan. Terus dia pakai yang kodroy tu dan bawak masuk tidur. Amboi kau tidur pakai smart kemain! Haha. Apa-apa jelah, janji dia happy. 


Monday, December 31, 2012

Berjimat dengan Lauk Kedai


Cuti hari minggu kali ni terpaksa berkurung diri dekat rumah aje dengan suami. Sama je saya ke, suami ke, dua-dua orang kena perintah berkurung sebab dah hujung bulan. Heee. Dompet masing- masing tinggal note sekeping dua aje jadi faham-faham sendiri lah. Sebagai penjaga akaun keluarga yang tak dilantik, saya dah buat kira-kira lebih awal untuk menjadi chef di rumah. Ya lah, buat apa makan di luar kalau belanjanya jadi double dari makan di rumah. Cadangan diajukan kepada pengetua, namun pengetua bercadang untuk keluar makan di luar. (T_T ) Gagal pulak dah! Ok, takpe, masih lagi boleh berjimat bila pengetua ajak makan di ‘port panas’ dekat UPM. Bajet masih boleh dikawal iaitu dua kepala RM10 termasuk air, lauk berbagai jenis. Fuh fuh! Tapi, dek kerana godaan filem Istanbul, aku datang! yang tengah ditayangkan di laptop merah hati comel auww, dua-dua orang terbabas untuk keluar makan jam 1. Demm! Dah pukul 2 baru terkedek-kedek nak pegi bersiap. Dah siap tempek bedak doremon aje, suami macam tak percaya yang saya dah bersiap. Ditanya pula mana celak dan gincu. Jadi terpaksa ambil lebih masa untuk mengaler. (Huhuhu.. Habis lah lauk) Sampai aje di port panas kami, nasi sudah habis jadi kena tunggu nasi yang baru tengah masak. Sambil menunggu, ronda-ronda pusing keliling lauk, masing-masing cari something yang memanggil-manggil kami untuk makan situ. Kecewa. T__T  Sup kaki dah habis! Terus saya bagi cadangan dengan muka sedih, bungkus jelah lauk untuk makan malam sekali, kita makan di rumah. Cadangan diterima. Yess! Jadi kami mencedok kari daging untuk 4 kepala makan, dengan hati dan pedal masak kunyit yummeh! Guess what, harga untuk dua lauk itu hanya RM6. Kau kira lah berapa untung makan tengah hari dan malam berdua hanya RM6?? I am sooo like this. Balik rumah, cepat-cepat masak nasi dan kopek ikan bilis untuk goreng bersama bawang dan cabai kering. Sedap sangat okey! Suami request untuk malam sekali.  Heee.

Masuk hari Ahad pula, saya agak lemau dan asyik merengek macam bayi tengah kembung perut, Haa. Betul la saya lah baby yang kembung perut ditambah dengan penyakit orang besar sikit. Gandingan hebat untuk tidak bangun mandi pagi-pagi. Suami bangun dan mandi, saya cuma request dia belikan pain-killer. Susah sangat saya nak request beli ubat-ubat ni. Tapi ni tahap gaban punya sakit, jadi suami pun keluar mencari ubat dekat myMydin, Speedmart. Dua-dua tak ada. Baru sedar lokasi rumah ni jauh dengan farmasi. Jadi suami pun pergi merata tempat semata-mata memenuhi keinginan si baby ni. Baby is sooo touched! Hampir jam 12 barulah si suami pulang berbekal sup kaki dan bebola goreng masak kicap serta ulam-ulaman bersambal belacan. Belanja untuk lauk tersebut hanya RM10. Itu pun sebab si suami memenuhi hajat si isteri kampung yang teringin makan petai sejak sehari sebelum tu lagi. Jadi harga ulam petai sahaja dah RM2.50. Sakit-sakit macam tu bertambah selera nak makan pula. Tak cukup dengan tu, suami goreng telur dadar lagi. Saya kagum dengan teksturnya. Pandai suami saya. Alhamdulillah, suami begitu ringan tulang bila isterinya jatuh sakit. Syukur juga masih diberikan rezeki yang mencukupi. 

Friday, December 21, 2012

Masuk rumah baru. Yey!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tarikh 19 Disember 2012 kami suami isteri officially dah boleh mulakan hidup bersama sebagai sebuah keluarga baru. Barang-barang pun dah selesai angkut malam tu. Syukur. Penantian selama dua minggu berakhir. Alkisahnya begini. Kebetulan saya dan suami pergi ketuk pintu rumah bujang saya dulu, tiada orang berjawab. Almost everyday selepas kerja kami pergi dan tiada hasil. Akhirnya semalam, bila kami hampir down lepas ketuk bertubi-tubi, lalu menunggu lif untuk balik rumah, kebetulan terserempak dengan penyewa rumah di depan lif. Saya pun apa lagi terus tegur dan cakap nak angkut barang malam tu jugak padahal lori tak panggil lagi. Dan suami pun setelkan tanggungjawab untuk panggil lori dan-dan tu jugak. Walaupun harga lori sewa dah meningkat dari dua minggu lepas, daripada RM150 ke RM180, kami nekad nak angkut juga malam tu. Nasib kami bertambah baik bila tokey lori tu cakap "sekarang boleh angkut". Lagi mudah kerja boleh terus angkut dan balik rumah. Yay!




Rumah kami. Kereta kami. Suami saya :)



 Part yang menarik hati saya dekat rumah ni. Grill dia cantik :')


Sebenarnya, kami dah mula jejak masuk bermalam di rumah ni sejak beberapa hari sebelum majlis lagi atas sebab-sebab tertentu yang mempercepatkan saya memujuk suami untuk berpindah masuk. Banyak perkara terjadi yang membuatkan saya terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang saya rasa tak selesa berurusan dengan mereka. Jadi, saya berusaha untuk jauhkan diri dan lari dari hidup mereka selamanya. Di sini, di rumah baru, kami lebih tenang. Walaupun rumah masih bersepah atas sebab kesuntukan masa untuk mengemas rumah, tapi saya bahagia sebab di rumah, saya hanya perlu menguruskan kebajikan makan minum pakai suami saya kini. Dan segala kotor bersih rumah ini hanya kami berdua yang tentukan. 



Walaupun bersepah, kami dah mula masak-memasak makan malam.



InsyaAllah, bila saya selesai clearkan ruang dapur yang penuh dengan kotak-kotak barang perpindahan, saya berhajat untuk adakan "not-so-housewarming party". Mungkin perlu adakan berperingkat sebab rumah tak besar sangat dan lebih mudah untuk melayan sanak saudara dan rakan-rakan. 



Ruang bersantai dah setel. Cuma siaran TV tak cantik, 
jadi kena pasang ASTRO lepas ni. 
Oh, frame gambar hiasan tajaan sahabat baik Siti & suami serta Milan. 


Thursday, November 22, 2012

It's OK to spend more on QUALITY TIME



Agree? Agree Not? Cuba kira berapa banyak quality time yang anda spend bersama insan tersayang? Ada yang boleh menipu orang lain mengatakan  "my time with loved one is always a quality time." Jangan menipu diri sendiri, ok. Tak bagus. Sendiri makan dalam nanti. Kalau setiap hari melakukan aktiviti harian bersama insan tersayang, itu bukan lah quality time tetapi menjalani hidup bersama-sama. Jika satu hari anda keluar bersama ke suatu tempat yang jarang atau tidak pernah anda pergi, pasti anda berasa lebih gembira dan inspired. Itu barulah dipanggil quality time. Faham? Jadi, rancang masa anda, keluarlah bersama insan tersayang tak kira pasangan, keluarga, ataupun sahabat. Keluar makan, melancong, mahupun sekadar berjalan-jalan di taman. Rasailah kelainannya. Biar berhabis duit sesekali. Kerana jika tak dihabiskan pada hari istimewa itu, pasti akan habis untuk barang lain yang tak membawa makna pun. Sekian.








Tuesday, November 20, 2012

Kenduri dan Family Hubby


Minggu ni sedikit kecewa dan sedih kerana tak dapat bersama-sama meraikan perkahwinan sahabat baik semasa di Uni. Tak sabar rasanya nak dengar khabar berita dari tuan punya badan yang baru bergelar pengantin baru. Sangat teruja rasa nak berjumpa semula. Namun, yang patah tumbuh, hilang berganti, yang kurang, diisikan.






Kekecewaan terubat dengan kedatangan ahli keluarga hubby semua pakat turun KL untuk meraikan satu lagi majlis perkahwinan yang lain, sepupu hubby yang bernama June. Majlisnya yang betul-betul meraikan tetamu dengan hidangan yang sangat lengkap dan nasi beriani yang lembut enak dimakan. Tak cukup dengan tu, ditambah lagi khemah di luar dewan menyajikan hidangan bihun sup campur bersama mi kari yang saya tak sempat nak merasa sebab terlalu kenyang. Ada suara-suara bisikan yang bagitahu bahawa kos katering sahaja mencecah 27K OMG ni memang mentekedarah ke apa ni. Hee.





Jadi, bermulalah episod hidup saya sebagai isteri kepada Azman yang tak lepas-lepas diperkenalkan oleh mak mertua kepada saudara-mara. Oh, sangat ramai sampai susah nak ingat bila jumpa lagi sekali. Harus selalu berjumpa dan biasakan diri. Oleh kerana ini adalah kenduri saudara, maka harus tunggu sampai kenduri tamat dalam hampir jam 5:00 petang. Penat memang penat, tapi gembira sebab dapat bawak balik doorgift yang banyak serta lauk pauk berlebihan yang sengaja ditempah lebih untuk bekalan sanak saudara khabarnya. Ikatan persaudaraan mereka sangat kuat dan saya suka melihatnya.




Ni baru sebahagian. Ada banyak lagi.



(Dari kiri) Biras, biras, kak ipar, biras




Anak buah (kanan saya) serta biras (kiri saya).
Berbaju sedondon yang disponser mak mertua


Seusai majlis semua, berkemas-kemas dan berpacking, kami terus berangkat ke rumah kakak ipar, Kak Ila di Shah Alam. Rupanya semua yang tinggal di area KL, Rawang, dan utara masing-masing dah plan nak bermalam di situ. Mak ai, muat ke satu rumah tu? Masing-masing siap bawak toto, bantal semua, maklumlah rumah orang baru kahwin mana ada semua tu. Segalanya hanya cukup-cukup sahaja untuk tinggal berdua. Peringatan untuk diri sendiri, harus tidak memenuhkan ruang rumah dengan hiasan yang tak perlu sebab kemungkinan besar rumah kami pula yang akan dikunjungi dan menjadi tempat penginapan keluarga yang besar ini. Jadi, harus sediakan toto yang banyak. ok! Telah diusulkan kepada hubby. Hehe. Oh, harus sediakan tempat bermain untuk kanak-kanak juga. Anak buah saya memang sangat ramai. 27 orang semuanya. Hambik kau! Best kan?



Anak buah Generasi ke-3


LISA: Yang ni paling manja dengan cik abang.






Kamilah pengantin baru yang belum naik pelamin :p




Monday, November 12, 2012

Weekend Bersama Hubby dan Sahabat






Syok ke kahwin? Memang syok. Setiap orang ada deifinisi syok masing-masing. Tapi pada saya, yang syok nya dah kahwin ni, ke mana kita nak pergi, ada yang teman. Saya tak lagi keseorangan seperti sebelum ni. Sejak-sejak sahabat baik dah berumahtangga, saya memang kesunyian tiada teman berborak waktu malam. Balik kerja je, dah macam tak ada social life lagi. Sehari kalau tak dapat berborak dengan seseorang, memang rasa tertekan sangat. Thanks to hubby kerana telah mengisi kekosongan dalam hidup di perantauan ni. Lepas bekerja dah tak lemau nak balik rumah sebab ada hubby teman. Weekend adalah hari yang paling ditunggu-tunggu kerana banyak projek persediaan masuk rumah baru dengan hubby. And it's a SHOPPING DAY! Hubby juga menunjukkan kesungguhan nak masuk rumah baru dan memilih warna-warna tema untuk barangan rumah. Malah, dia lah yang lebih banyak memenuhkan troli shopping. 





Dan satu lagi detik bermakna yang berlaku pada weekend ini, saya menziarahi sahabat baik yang telah berumahtangga lebih setahun lepas. Sudah berisi pun dia. Saya ingin hidup seperti ini, walaupun sudah bersuami, tapi ikatan persahabatan itu masih kuat. Suami bukanlah alasan untuk kita tidak berjumpa lagi, malah lebih memudahkan. Kami berborak dalam bilik meninggalkan suami masing-masing di ruang tamu, dengan tayangan movie yang berat. Berat sangat sampai tak faham apa-apa. Hihi. Cukuplah satu malam berborak untuk cover selama sebulan, maybe? Lepas ni lepak lebih lama, ye kawan..




Mommy-to-be. (Can't wait!!)

Hadiah kahwin pertama dari Ina & Alep. Thanks kawan!