Wednesday, January 16, 2013

Kisah Peti Ais Budget

Seronoknya peti ais dah ada. Actually minggu lepas lagi dah dapat. Bukan dapat free ye, beli la apa lagi. Tapi fahamilah kami yang baru nak mula hidup ni bahawa banyak lagi barang diperlukan dalam rumah ni jadi semua kena budget-budget dulu. Pada saya, asal ada. Jangan asyik nak meminjam aje. Eh, ada ke orang pinjam peti ais. Ketuk-ketuk pintu rumah orang sebelah cakap nak tumpang letak ikan dekat peti ais? Heee. Kalau ada, silalah jangan segan silu kongsi cerita dengan I. Kipochi sangat heh!

Okey, kan haritu yang plan nak cari peti ais tu xselesai sebab kedai tutup. Actually, the next week tu try lagi pergi dekat kedai yang sama, tapi pergi lepas office hour, so dia tutup jugak. Adoi, memang diorang ni company government ke ape ni? Dengan rasa tak puas hatinya, besoknya masa dekat office, apa lagi, online la tengok mudah.my. Kan kat situ banyak orang jual barang. Barang baru ada, barang secondhand pon ada. Barang baekkk pon ada jugak. Haaa. Kira macam kedai serbaneka lah. Godek punya godek dekat kategori Home and Garden, cari peti sejuk. Belambak ada. Mostly second hand lah yang keluar. Kat sini pula ada dua option untuk anda decide.

1. Kalau anda prefer nak kenal siapa pemiliknya, silalah cari yang nak jual personally, ada yang jual sebab dapat menang hadiah la, ada yang nak pindah oversea lah, ada jugak yang nak upgrade peti ais besar lagi sebab nak tidur dalam peti ais katenye. Heh, tipu je. Ok, kat sini ada baiknya juga sebab anda kenal siapa owner, apa dia makan. TAPI, adakah owner itu bercakap jujur yang peti ais tu masih elok, tiada kerosakan? Plus, pengangkutan perlu settle sendiri.


Kalau tak confident, ada lagi satu option.


2. Pilih yang kedai repair barangan elektrik jual punya. Basically bila namanya kedai repair, mesti dia check dan repair dulu sebelum dijual kan? Mungkin ada part dalaman yang dia dah tukar, so pasrah jelah asalkan berfungsi. TAPI, siapakah owner peti ais tersebut? Jeng jeng jeng.. Jika ditanya pada owner, mungkin dia bercakap benar dan mungkin juga tidak. Jadi, seeloknya beli sabun Taharah berharga RM5.90 dan samaklah peti ais tersebut terlebih dahulu ye. Supaya kesuciannya lebih diyakini. Kebanyakan kedai bagi warranty samada sebulan, 3 bulan, ataupun setahun dengan sedikit bayaran tambahan. Itu satu komitmen yang mereka berikan.


Kalau still tak confident jugak, anda layak ke Courts sekarang juga.


So, saya telah memilih option No. 2. Lagipun kedai ada bagi warranty sebulan. Jadi mari kita test dulu sebulan macam mana. Kalau tak OK, next plan, cari kedai dan jual terus ye. So far, dua minggu saya pakai, Alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik. Sejuk dan nyaman. Body still cantik dan nampak baru. Cuma tray dalam tu diganti yang lain sebab tray asal dia jenis yang mudah pecah. Nasib dia ganti jugak, kalau dibiarkan kosong je, tengahari mesti ada orang membeku dalam tu sebab kat luar cuaca panas. Heee.





Peti ais bertudung. Pinjam tudung I jugak dia nak cantik




Dalaman. Ais ketul punya tray dah kena makan dengan owner dia.




Cap Samseng sebab tu angkat jugak. Heee




Hah, yang ni wajib. Penyeri setia.



Bila dah ada peti ais, saya pun mulakan projek masak memasak di rumah. Excited lah sebab dah boleh simpan ikan ayam lembu semua kat rumah sendiri.










Ni panduan untuk yang baru berkahwin dan ingin melengkapkan rumah dengan barang-barang keperluan, tapi modal tak berapa mengizinkan. Yang berpendapatan lumayan tu tak payah nak kedekut sangat, pi beli yang baru ye. Heee.

2 comments:

Cakap Bisa said...

wow... peti ais samsung... samsung galaxy ka note? :P

Anonymous said...

saya nak jual mattress queen,cntik n mmg puas hati bila tgok..bru 3thn beli.reason nk jual,bilik kecik,nak tukar katil single.. taiping n boleh cal lau nak tgok 0124802342