Monday, May 21, 2012

Ke-FOBIA-an ku


Rasanya setiap orang pasti ada benda yang buat dia FOBIA. Fobia adalah sejenis anxiety disorder. Tapi, biasanya fobia ni haruslah datangnya dari pengalaman hidup yang kita tak expect, betul tak? Ada yang fobia dengan tempat tinggi, air, dan ada jugak yang fobia dengan darah. Asal nampak darah je dia nak pitam. Kesian. 

Saya pula, baru dapat satu jenis fobia ni, nama dia Agrizoophobia, iaitu fobia dengan haiwan liar. Sekarang ni, asal nampak MONYET, atau anjing yang biasa berkeliaran dekat kawasan rumah, mesti saya dah bayang binatang tu nak datang dekat saya dan gigit kaki. Uwaaa..! Memang ngeri untuk imagine kejadian tu. Tapi, saya dah pun lalui detik-detik digigit cik M tu. 


Kejadian berlaku masa saya sedang menunggu Mr.Bean dimandikan dekat satu car wash ni, agak ke belakang juga lokasi dia. Bersebelahan hutan. Masa drive masuk ke area car wash tu, melintas lah Cik M ni depan kereta saya. berhati-hati jugalah takut terlanggar dia. Masa turn Mr.Bean mandi, keluarlah duduk di tempat menunggu sambil menonton Cik M beraksi menrosakkan vacuum cleaner. Mula-mula ingatkan diorang bela Cik M ni. Tengok siap tak bertali lagi, konon macam jinak lah. Rupanya dia tu penceroboh yang orang lepaskan kat area situ. Dah puas bermain, tengok macam nak beralih arah je, semua orang pun masing-masing berjalan ubah tempat menunggu. Jauhkan diri dari Cik M. Saya follow lah, apa lagi. Berjaya, Cik M pergi ke area car wash, panjat tangki air. 


Puas main dekat tangki air, Cik M pon beralih arah. Cik M mula merangkak ke arah tempat aku menunggu. Orang lain dah perasan lama, maka diorang sudah mula berpindah. Tinggallah saya yang naive ni dengan seorang lagi mamat yang macam busy dengan fon call aje. Saya tengok Cik M makin mendekati saya, masa tu mula rasa takut dan tak tahu nak lari ke, nak stay. Kalau lari sure dia kejar. Kalau stay, lagi lah tak tahu dia target kat mana. Cik M makin hampir, saya konon-kononnya nak buat cool lah jalan je depan dia, sekali dia NGAAAPP! betis saya yang berseluar jeans masa tu. Sorang bangla ni baru lah nak bertindak ambil kayu dan buat-buat nak ketuk Cik M, lalu dia lepaskan kaki saya. Tapi segalanya dah terlambat, seluar pun dah ditembusi gigi karat Cik M tu. Maka, ke klinik lah tempat saya. 


Ape?? Haruslah menangis beb. Terkejut kot. Mr. Bean pun tak sempat habis kena lap, terus gerak ke klinik. Walaupun dapat cuci kereta FREE, namun tak balik modal perubatan betis. Kena inject dan ubat-ubatan total harganya dah RM 85. Besoknya, kena cuci luka lagi, dah RM25 lagi. Doktor suruh datang cuci luka kali kedua, poket berkata NO! Barbalutlah kaki selama 4 hari. 



Demikianlah al-kisah Agrizoophobia saya. Sob. Sob.

2 comments:

ashikin said...

Weh dh tu la ni hang ok ka??

aku sarankan hang pakai seluaq besi la..br bersepai gigi En M tuh...

Umi Nadiah said...

hehe..la ni okey dah.. lubang luka tu pon dah tutop sume. itulah, aku pon dok pk2 gak cmtu..