Friday, February 18, 2011

Ada apa dengan 18 FEB ?





Cuba teka hari ni (18 Feb) ada apa?




Teka...





Teka lagi...





Pikir cepat..






(KALAU BETUL, SILA SCROLL BAWAH, KALAU SALAH SILA SCROLL DOWN)





SELAMAT HARI JADI
(ada tak font lebih besar lagi?!)


* AZMAN *






tried looking for some birthday wishes and found this:



"you're delicious
happy birthday honey!"


dan ini untuk awak : taraa!!


(was thinking of something different and beneficial for you..and HERE.. hope U like it, DEAR)





masihkah kau ingat....




Monday, February 14, 2011

CLEVERBOT: Apa tricknya ni?

I just happened to drop by dekat satu blog ni. Tertengok lah selingan post dia pasal one of a tricky software like Peter Answers. It's Cleverbot.

But this one seems like we are talking to a real person. Tak kira kita speak BM ke, BI ke, dia akan respond kita. Tapi sometimes respond dia mengarut, lari tajuk, tapi kau jangan cari gaduh ngan dia. Sampai satu tahap dia akan sound kau. Huhu. Kalau kau cuba nak tease dia sure dia balas balik. Haha.



(MULA MULA CHAT MASA TENGAH JAKUN)


(TIBA TIBA DIA PANDAI CAKAP MELAYU OMG!)



Apa pun, kau bolehla buat Cleverbot ni teman dikala kesunyian tak tahu nak buat apa. nO HARM! No, I'm NOT!! (terkena sendiri)

Sunday, February 6, 2011

BUAH HATI BATU KARANG





Presenting.... Rapunzel the tangled tales!!
(by Amanda Danielle)



Dah masuk minggu kedua kembali ke tadika bebudak elit ni. Bertuah badan
diorang ni dihantar ke sekolah macam ni. Gym class, music, swimming, mandarin, semua ada. Sebab tu lah terhantarnya I ke sini sebagai computer teacher. Kalau orang tanya budak-budak ni, "who's your computer teacher?" Dengan excited budak tu jawab "Teacher Umi!!". Itu kalau tanya yang baru sehari belajar komputer tu,budak 4 years old. Kalau yang 6 y.o tak tahulah what nonsence dia akan menjerit. Kalau nak mengajar diorang tu sampai perit tekak. Sangat talkative teacher tak larat nak jerit. Ini aktiviti minggu pertama kids ni. Drawing! Yey, the most fav aktiviti diorang.

Jom berkenalan dengan jantung-jantung hatiku ni. This boy namanya Kok Jin. Paling excited dalam kelas computer. Kau letak dia duduk sambil cross legs atas lantai tak pernah bertahan seminit. Harus nak kena bangun balik godek-godek PC dalam bilik tu. Sekali panggil nama
dia suruh duduk balik, ada je alasan dia bagi nak tolong ON PC lah, nak exit antivirus punya alert la. Tapi seriously diamemang pandai. Kalau dekat rumah, mummy dia cakap dia suka guna Paint program, buat drawing, tulis nama pakai brush lah. Dia memang suka belajar, bukan type budak yang suka main game aje.



Bila end of class, dia yang rajin tolong teacher OFF semua PC. Ada satu hari tu, dah nak keluar computer room ni, dia pusing kepala konon nak bye bye teacher, end up dia nampak ada PC yang still ON, terus aje berlari patah balik nak pergi OFF. Hai lah anak aku sorang ni.. ^___^






Yang dua orang ni pula tak tahulah pulak kita yang diorang dua ni tak boleh jadi partner. Observe punya observe still tak faham kenapa diorang tak lukis sesuatu yang di mengerti oleh mata kasar. At last cikgu kelas bagitahu yang diorang memang tag team kalau bab main main dalam kelas. Christopher and Daniel, BEWARE!!




Drawing ni milik Dayna Chang. Dia lukis exactly like herself. Rambut pendek dan kembang, pakai skirt. Tapi tak faham dekat muka dia tu apa la bintik bintik banyak sangat. Tangan pulak macam cawan je. Hihi. So cute!


Dan sekarang giliran Nada pula lukis herself pulak rambut kerenteng. Nada ni comel tapi suka membodek. Selalu masuk kelasmesti nak duduk dekat teacher then belek belek apa yang teacher pakai. Dari tudung, pin, sampailah ke tapak kasut dia akan tegur. "I like your baju, I like your ......" T.T




Sepasang kopi susu ni pula sengaja I bagi diorang partner dua, sebab the girl, Janelle sangat lah girlish. Dia punya work sure ada gurl things. Nak barbie lah, Jewels lah, whatsoeva. So kalau partner dengan girl jugak makin menjadi lah dia. Dia bestfriend si Nada tadi tu. Jadi, I pisahkan dia bagi partner Haravin. Haravin ni pandai. Kadang kadang bila kelas dah macam tak terkawal, semua keep calling "Teacher Umi...Teacher Umi...",tak kurang juga yang memukul mukul b****tku, Haravin akan datang bak superhero membantu. Dia pergi dekat kawan kawannya yang memerlukan sambil mengeluarkan motivated words "you can do it", "you are clever". Teacher yang dengar ni begitu tercabar ke'teacher'annya. Hihi.






Dan biasanya inilah dia kanak kanak yang selalu dapat powerful words dari Haravin. Namanya Wai Kit. Dia mungkin agak kurang matang berbanding yang lain. Tengok mukanya pun, macam baby lagi. Tapi I could see improvement pada budak ni. Mungkin dia sangat semangat dan mencuba dengan penuh kesabaran. Keep it up Wai Kit! You can do it!!




Monday, December 27, 2010

Kepam Cerita Dari Johor

Walaupun dah kepam seminggu cerita ni tapi mabuk mabuk holiday tu masih lagi hangat dalam sanubari. Tu lah orang cakap makan tu berhenti sebelum kenyang ni tak, selagi muat perut nak sumbat semua even tak muat pun sumbat juga bukan senang nak makan sifut bukan siput tapi seafood okay.


Tahun ini cik ketua darjah super BEST sebab dah mula plan untuk bercuti-cuti bersama. Dan the best part IS, they're fully supported!! Eh tiba-tiba tulis halus benor ni kenapa? Hah, stop thinking of wanting to work with us just to get this eternal memorable moment okay. Strictly I akan dera you to stand at the corner ye (garang ni).



Thumbs up to orang kuat kami puan organizer, Kak Yah dari Google Map fan club. Tanpa Google Map siapalah beliau. Heee. Totally dia memang stick to Google Map untuk susun journey kami untuk makesure kami tidaklah terlalu kerap membazir harta company. Heee. Tanpa kami siapalah company. Namun group kami dikenali juga sebagai group Jalan jalan cari sifut tapi siput macam kami ni biasanya telan je apa yang ada. Jangan sampai makanan lalu depan kami ye. Jadi lebih proper rasanya kami gelarkan group Jalan Jalan Isi Perut. Deria bau dah tak berfungsi yang penting perut besar masih selesa.


Pagi pagi lagi kononnya nak gunakan alasan hujan la tapi betul asal hujan je perut lapar, asal lapar je sure hujan. Maka destinasi pilihan adalah Wau Penyu yang terletak di Solaris Dutamas dekat dengan Masjid Wilayah. Tengok nama je dah tahu walaupun saya masih blur dot com masa tengok nama tak bayang pula makanan pantai timur. Heee.



TEAM JALAN JALAN ISI PERUT

WAU PENYU SOLARIS DUTAMAS (Jenguk lah website)

OMELETTE

ROTI MERIAM TOK NGOH (SARAPAN PAGI)

LAKSAM (HIDANGAN UTAMO)


ROTI BAKAR & TELUR SETENGAH MASAK

KETUPAT PULUT NYIOR (SKALI-SKALO)



NASI DAGANG ISTANA (HIDANGAN UTAMO)

Among all, I nak rekomen you all must try LAKSAM dia. And then LAKSAM bowl kedua obviously memang kegemaran, kemudian boleh cuba ROTI MERIAM TOK NGOH. Memang tok ngah sendiri tak dapat buat punya. Namun I boleh mention dekat sini yang all the food memang worth every penny you spent actually bukan I yang bayar pun. Heee.



Journey diteruskan ke Melaka. Main pointnya cuma nak try Chicken Rice Ball. Namun biasalah Team JaJIP wah dah dapat nama glamour you tak pernah puas. Walaupun pusing punya pusing dengan jammed teruk dekat Malacca town, namun usaha tangga kejayaan The best Team Wins. Hoyeh. Berjaya rebut parking nearby Jonker Walk. Terhidu pula bau kepam kepam masam durian cendol. Inilah dia! Durian Cendol terbaik lah.



Kepuasan Puan Organizer terserlah di situ


Puas merasa durian cendol, mulalah terasa panas tangan nak bershoping serba sedikit sepanjang Jonker Walk. Memang tak tahan lagi.


Okay, time for ball hunting. Hello, not that ball okay. I mean this ball. Team meneruskan journey all the way to Tesco namun tiba di Tesco, kedai yang menyediakan Chicken Rice ball HALAL telah berpindah ke Melaka Sentral. Gigih team JaJIP merentas jejantas bagai all for the sake of Chicken Rice ball aje tau.


steamed Chicken rice

chicken rice ball

Roasted chicken rice

Comel kereta pun pandai beratur

begitu juga team Siput


Actually memang dah bloating tahap belon udara panas dah perut I namun masih lagi team siput terhidu sesuatu yang comel. Memang ABC atas jejantas tersebut terlalu comel untuk pass by begitu aje, maka wajib order walaupun terpaksa share satu bowl untuk enam orang dan muka naik tebal minta lagi pula enam sudu dan susun enam biji kerusi around satu table -.-"


dapat semangkuk dah cukup bangga siap tangkap gambar bagai

Yummy T.T

Orang putih kata enough is enough. Saya kata saya dah tak mampu kendong perut lagi dan JB here we come...


(and here to be continued.............)

Thursday, December 9, 2010

Nak Jadi Model Tak

Siapa nak jadi model kena buat muka ketat. Betul ke? Cuba pi tanya cik Hanis Zalikha pujaan hati hangpa. Lepas saya pergi teman Kak Ida kawan sepejabat buat photoshoot dekat Sungai Chongkak baru baru ni, baru saya tahu betapa sukarnya bagi seorang model amateur. Itu kalau amateur. Belum lagi kau sendiri.


Kau ingat sebab kau suka senyum dan semua orang kata senyuman kau sweet gila yang kononnya ikhlas dari hati kau dah boleh jadi model ke. Dia macam ni teknik dia. Kalau nak jadi model yang macam profesional tu jangan dok suka *ghenyih* sangat. Ghenyih tu macam nak buat iklan colgate la (bosan kan ayat common ni). Okey tukar. Ghenyih tu macam baru lepas bukak braces dekat gigi lepas 5tahun bergigi besi. Harus cantik gigi kau. Bayangkanla kalau aku..lupakan. Baiklah cik cik model, kalau photographer suruh senyum kena senyum dalam hati je okay. Senyum macam akulah diva, akulah yang paling cantik, semua lelaki sukakan aku. EH tak, yang last tu takda kena mengena. Jangan marah saya okey.


Sebenarnya saya ada juga minat nak jadi model magazine namun apakan daya suka ghenyih depan kamera malah orang awam dan orang gila juga. Itu memang saya sejak kecil. Kalau tak ghenyih saya akan nangis. Dan masa dekat Sungai Chongkak saya tak bawa baju persalinan untuk main air. Jadi saya hanya layak salin pampers baby je. Baby ni nama dia Adit Sufian dan dia gatal. Heee. Tengok sekarang dia menggatal nak tangkap gambar dengan artis berlatarbelakang air sungai. Adit ni!




Dia sangat suka gigit tangan sendiri kalau saya tarik dia akan gigit tangan saya.
Last sekali saya bagi kaki je kat dia.



Penangan kaki masak lada hitam Adit akhirnya tewas di atas pangkuan si ibu sungainya.




*~~* SWEETDREAM *~~*

Monday, December 6, 2010

LAYAN SI BUDAK KECIK

Pagi pagi lagi kedengaran suara annoying mama membangunkan si baby dari tidur. Si baby yang masih tidak puas tidur mengengsot lalu menolak menutup pintu kembali. Sekali lagi pintu terbuka mengejutkan si baby dari tidur. Bangun...sarapan!! Makan? Si baby bingkas merangkak ke bilik air mencuci muka dan berkumur-kumur tanpa menggosok gigi sebab belum makan. Kan enzim dalam mulut bagus untuk mencerna makanan kenapa nak hilangkan dia. Si baby memanjat kerusi lalu mengutip segala makanan yang ada di atas meja. Selesai makan, mama berbabai lalu si baby ditinggalkan keseorangan. Si baby mencari teman di facebook lalu muncul baby dari terengganu sana nun. Mereka berborak mentikam masa hingga ke tengahari.












- TAMAT -

Monday, November 29, 2010

Nombor Boleh Main


Korang mesti pernah main nombor kan kecik kecik dulu? Ada satu game tu nama dia teka nombor. Kau pilih nombor berapa (ingat dalam hati je tak payah bagitahu lepas tu cakap "dah") Si penteka akan bagi arahan tambah nombor itu, tolak ini, then dapat jawapan kena bagitahu. Lepas tu si penteka kena teka la apa nombor yang si kena teka tadi pilih. Lepas tu konon konon puas la si kena teka tu gila kagum dengan kau sebab jadi pak belalang ahli nujum. Itu kes budak budak.


Yang sekarang punya kes bapak budak main nombor ni apa kes pulak. Tiap tiap hari beratur berderet deret dekat Sports TOTO yang masa zaman sekolah dulu saya suka ambil gambar papan tanda dia sebab salah eja AJENSI. Beli nombor dia ada harga harga dia. Bermula dengan seringgit sampai lah beribu ribu ringgit dia beli nombor tak sure lah berapa digit. Tapi yang saya tengok tadi ada pemandu teksi tunjuk kat saya ada enam digit. Dan yang paling kelakarnya kan orang orang nombor ni sekali dia main, terus obses pantang nampak nombor kat mana mana dia macam dapat idea nombor tu bertuah untuk dia maka tepuk tepuk poket cari duit seringgit. Itu sebab selalu sangat main la tu dah pokai jangan harap nak jadi laki saya.


Tadi si teksi drebar tu, dia ambil nombor 01 06 07 16 17 34 wahh gila hebat memori kau! Mana tak ingat dah dia explain satu persatu yang nombor 01 06 07 tu = 167 nombor banglo pusat jagaan orang tua kat sebelah tadika saya mengajar tu. Nombor 16, 17 tu salah dua seksyen yang dia selalu pergi kat PJ ni, kemudian yang last tu je dia kata aku main letak je. Dalam hati, bodohnya kau sampai tak boleh fikir dah punya banyak nombor dalam dunia ni, kau boleh pilih certain je dan kau rasa bertuah. Kesian. Dah tu lepas saya nak keluar teksi tu, dia sempat lagi berjanji manis "kalau dapat lapan juta lebih ni, jumpa lagi aku belanja kau". Gila kau berangan. Dah la baru empat kali kena separuh je, dapat emput puluh tiga ringgit je ada hati nak berangan lapan juta.


Ada lagi satu cerita saya dengar lagi la parah sampaikan nombor plat moto orang pon nak guna. Orang yang sama jugak, dia main susun friskies depan kucing. Yang mana kucing tu pergi makan, nombor tu lah dia ambil susun buat main TOTO. Dah la kucing tu biul. Elok la tu dengan kau.

Dan semalam pergi tengok wayang cerita NGANGKUNG. Siapa main nombor ada hantu ikut. Main laaa!