Thursday, December 9, 2010

Nak Jadi Model Tak

Siapa nak jadi model kena buat muka ketat. Betul ke? Cuba pi tanya cik Hanis Zalikha pujaan hati hangpa. Lepas saya pergi teman Kak Ida kawan sepejabat buat photoshoot dekat Sungai Chongkak baru baru ni, baru saya tahu betapa sukarnya bagi seorang model amateur. Itu kalau amateur. Belum lagi kau sendiri.


Kau ingat sebab kau suka senyum dan semua orang kata senyuman kau sweet gila yang kononnya ikhlas dari hati kau dah boleh jadi model ke. Dia macam ni teknik dia. Kalau nak jadi model yang macam profesional tu jangan dok suka *ghenyih* sangat. Ghenyih tu macam nak buat iklan colgate la (bosan kan ayat common ni). Okey tukar. Ghenyih tu macam baru lepas bukak braces dekat gigi lepas 5tahun bergigi besi. Harus cantik gigi kau. Bayangkanla kalau aku..lupakan. Baiklah cik cik model, kalau photographer suruh senyum kena senyum dalam hati je okay. Senyum macam akulah diva, akulah yang paling cantik, semua lelaki sukakan aku. EH tak, yang last tu takda kena mengena. Jangan marah saya okey.


Sebenarnya saya ada juga minat nak jadi model magazine namun apakan daya suka ghenyih depan kamera malah orang awam dan orang gila juga. Itu memang saya sejak kecil. Kalau tak ghenyih saya akan nangis. Dan masa dekat Sungai Chongkak saya tak bawa baju persalinan untuk main air. Jadi saya hanya layak salin pampers baby je. Baby ni nama dia Adit Sufian dan dia gatal. Heee. Tengok sekarang dia menggatal nak tangkap gambar dengan artis berlatarbelakang air sungai. Adit ni!




Dia sangat suka gigit tangan sendiri kalau saya tarik dia akan gigit tangan saya.
Last sekali saya bagi kaki je kat dia.



Penangan kaki masak lada hitam Adit akhirnya tewas di atas pangkuan si ibu sungainya.




*~~* SWEETDREAM *~~*

2 comments:

Nazatul shima said...

nk photoshoot gk..hehehee..

DyaClarey said...

cma nk photoshoot pre-wed ke? hehee...nanti post byk2 kat blog yer..:D