Friday, December 21, 2012

Masuk rumah baru. Yey!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tarikh 19 Disember 2012 kami suami isteri officially dah boleh mulakan hidup bersama sebagai sebuah keluarga baru. Barang-barang pun dah selesai angkut malam tu. Syukur. Penantian selama dua minggu berakhir. Alkisahnya begini. Kebetulan saya dan suami pergi ketuk pintu rumah bujang saya dulu, tiada orang berjawab. Almost everyday selepas kerja kami pergi dan tiada hasil. Akhirnya semalam, bila kami hampir down lepas ketuk bertubi-tubi, lalu menunggu lif untuk balik rumah, kebetulan terserempak dengan penyewa rumah di depan lif. Saya pun apa lagi terus tegur dan cakap nak angkut barang malam tu jugak padahal lori tak panggil lagi. Dan suami pun setelkan tanggungjawab untuk panggil lori dan-dan tu jugak. Walaupun harga lori sewa dah meningkat dari dua minggu lepas, daripada RM150 ke RM180, kami nekad nak angkut juga malam tu. Nasib kami bertambah baik bila tokey lori tu cakap "sekarang boleh angkut". Lagi mudah kerja boleh terus angkut dan balik rumah. Yay!




Rumah kami. Kereta kami. Suami saya :)



 Part yang menarik hati saya dekat rumah ni. Grill dia cantik :')


Sebenarnya, kami dah mula jejak masuk bermalam di rumah ni sejak beberapa hari sebelum majlis lagi atas sebab-sebab tertentu yang mempercepatkan saya memujuk suami untuk berpindah masuk. Banyak perkara terjadi yang membuatkan saya terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang saya rasa tak selesa berurusan dengan mereka. Jadi, saya berusaha untuk jauhkan diri dan lari dari hidup mereka selamanya. Di sini, di rumah baru, kami lebih tenang. Walaupun rumah masih bersepah atas sebab kesuntukan masa untuk mengemas rumah, tapi saya bahagia sebab di rumah, saya hanya perlu menguruskan kebajikan makan minum pakai suami saya kini. Dan segala kotor bersih rumah ini hanya kami berdua yang tentukan. 



Walaupun bersepah, kami dah mula masak-memasak makan malam.



InsyaAllah, bila saya selesai clearkan ruang dapur yang penuh dengan kotak-kotak barang perpindahan, saya berhajat untuk adakan "not-so-housewarming party". Mungkin perlu adakan berperingkat sebab rumah tak besar sangat dan lebih mudah untuk melayan sanak saudara dan rakan-rakan. 



Ruang bersantai dah setel. Cuma siaran TV tak cantik, 
jadi kena pasang ASTRO lepas ni. 
Oh, frame gambar hiasan tajaan sahabat baik Siti & suami serta Milan. 


Thursday, November 22, 2012

It's OK to spend more on QUALITY TIME



Agree? Agree Not? Cuba kira berapa banyak quality time yang anda spend bersama insan tersayang? Ada yang boleh menipu orang lain mengatakan  "my time with loved one is always a quality time." Jangan menipu diri sendiri, ok. Tak bagus. Sendiri makan dalam nanti. Kalau setiap hari melakukan aktiviti harian bersama insan tersayang, itu bukan lah quality time tetapi menjalani hidup bersama-sama. Jika satu hari anda keluar bersama ke suatu tempat yang jarang atau tidak pernah anda pergi, pasti anda berasa lebih gembira dan inspired. Itu barulah dipanggil quality time. Faham? Jadi, rancang masa anda, keluarlah bersama insan tersayang tak kira pasangan, keluarga, ataupun sahabat. Keluar makan, melancong, mahupun sekadar berjalan-jalan di taman. Rasailah kelainannya. Biar berhabis duit sesekali. Kerana jika tak dihabiskan pada hari istimewa itu, pasti akan habis untuk barang lain yang tak membawa makna pun. Sekian.








Tuesday, November 20, 2012

Kenduri dan Family Hubby


Minggu ni sedikit kecewa dan sedih kerana tak dapat bersama-sama meraikan perkahwinan sahabat baik semasa di Uni. Tak sabar rasanya nak dengar khabar berita dari tuan punya badan yang baru bergelar pengantin baru. Sangat teruja rasa nak berjumpa semula. Namun, yang patah tumbuh, hilang berganti, yang kurang, diisikan.






Kekecewaan terubat dengan kedatangan ahli keluarga hubby semua pakat turun KL untuk meraikan satu lagi majlis perkahwinan yang lain, sepupu hubby yang bernama June. Majlisnya yang betul-betul meraikan tetamu dengan hidangan yang sangat lengkap dan nasi beriani yang lembut enak dimakan. Tak cukup dengan tu, ditambah lagi khemah di luar dewan menyajikan hidangan bihun sup campur bersama mi kari yang saya tak sempat nak merasa sebab terlalu kenyang. Ada suara-suara bisikan yang bagitahu bahawa kos katering sahaja mencecah 27K OMG ni memang mentekedarah ke apa ni. Hee.





Jadi, bermulalah episod hidup saya sebagai isteri kepada Azman yang tak lepas-lepas diperkenalkan oleh mak mertua kepada saudara-mara. Oh, sangat ramai sampai susah nak ingat bila jumpa lagi sekali. Harus selalu berjumpa dan biasakan diri. Oleh kerana ini adalah kenduri saudara, maka harus tunggu sampai kenduri tamat dalam hampir jam 5:00 petang. Penat memang penat, tapi gembira sebab dapat bawak balik doorgift yang banyak serta lauk pauk berlebihan yang sengaja ditempah lebih untuk bekalan sanak saudara khabarnya. Ikatan persaudaraan mereka sangat kuat dan saya suka melihatnya.




Ni baru sebahagian. Ada banyak lagi.



(Dari kiri) Biras, biras, kak ipar, biras




Anak buah (kanan saya) serta biras (kiri saya).
Berbaju sedondon yang disponser mak mertua


Seusai majlis semua, berkemas-kemas dan berpacking, kami terus berangkat ke rumah kakak ipar, Kak Ila di Shah Alam. Rupanya semua yang tinggal di area KL, Rawang, dan utara masing-masing dah plan nak bermalam di situ. Mak ai, muat ke satu rumah tu? Masing-masing siap bawak toto, bantal semua, maklumlah rumah orang baru kahwin mana ada semua tu. Segalanya hanya cukup-cukup sahaja untuk tinggal berdua. Peringatan untuk diri sendiri, harus tidak memenuhkan ruang rumah dengan hiasan yang tak perlu sebab kemungkinan besar rumah kami pula yang akan dikunjungi dan menjadi tempat penginapan keluarga yang besar ini. Jadi, harus sediakan toto yang banyak. ok! Telah diusulkan kepada hubby. Hehe. Oh, harus sediakan tempat bermain untuk kanak-kanak juga. Anak buah saya memang sangat ramai. 27 orang semuanya. Hambik kau! Best kan?



Anak buah Generasi ke-3


LISA: Yang ni paling manja dengan cik abang.






Kamilah pengantin baru yang belum naik pelamin :p




Monday, November 12, 2012

Weekend Bersama Hubby dan Sahabat






Syok ke kahwin? Memang syok. Setiap orang ada deifinisi syok masing-masing. Tapi pada saya, yang syok nya dah kahwin ni, ke mana kita nak pergi, ada yang teman. Saya tak lagi keseorangan seperti sebelum ni. Sejak-sejak sahabat baik dah berumahtangga, saya memang kesunyian tiada teman berborak waktu malam. Balik kerja je, dah macam tak ada social life lagi. Sehari kalau tak dapat berborak dengan seseorang, memang rasa tertekan sangat. Thanks to hubby kerana telah mengisi kekosongan dalam hidup di perantauan ni. Lepas bekerja dah tak lemau nak balik rumah sebab ada hubby teman. Weekend adalah hari yang paling ditunggu-tunggu kerana banyak projek persediaan masuk rumah baru dengan hubby. And it's a SHOPPING DAY! Hubby juga menunjukkan kesungguhan nak masuk rumah baru dan memilih warna-warna tema untuk barangan rumah. Malah, dia lah yang lebih banyak memenuhkan troli shopping. 





Dan satu lagi detik bermakna yang berlaku pada weekend ini, saya menziarahi sahabat baik yang telah berumahtangga lebih setahun lepas. Sudah berisi pun dia. Saya ingin hidup seperti ini, walaupun sudah bersuami, tapi ikatan persahabatan itu masih kuat. Suami bukanlah alasan untuk kita tidak berjumpa lagi, malah lebih memudahkan. Kami berborak dalam bilik meninggalkan suami masing-masing di ruang tamu, dengan tayangan movie yang berat. Berat sangat sampai tak faham apa-apa. Hihi. Cukuplah satu malam berborak untuk cover selama sebulan, maybe? Lepas ni lepak lebih lama, ye kawan..




Mommy-to-be. (Can't wait!!)

Hadiah kahwin pertama dari Ina & Alep. Thanks kawan!

Wednesday, October 17, 2012

Wonder Girls berbaju kurung menari-nari


Jom layan kejap awek-awek Korea ni berbaju kurung sambil menggedik. Nasib comel. Hehe.




Okay, dah! Pi sambung koje. Ngulor je kome ni.

Sumber video: Youtube

Friday, October 12, 2012

Rumah Sewa

Assalamualaikum.

Dah lama saya survey rumah untuk menyewa selepas kahwin. Hampir dua bulan kot. Tapi masalahnya dekat sini tak boleh book awal sebab biasanya kalau orang buat iklan awal bulan, dia nak suruh kita masuk bulan tu juga. Kalau iklan tu tengah bulan or even 2, 3 hari lagi nak cukup bulan, dia expect kita nak sewa immediately bulan depannya. Kalau tak, say bye bye je la sebab akan ada orang lain yang lebih cepat bayar deposit dan terus masuk. Jadi moral of the story, jangan lah berangan nak cari rumah awal-awal jika masih ada sebulan dua sebelum awak nak masuk rumah tu. Semua kena last minit cari. Teruk kan KL ni? Bukan apa, saya fikir rumah kalau tak dicari awal, bulan depannya naik harga lagi. Parah la macam ni. 

Namun, kita hanya merancang. Percayalah pada pertolongan Pengatur kita yang lebih pasti janjiNya. Kebetulan Azman dapat tahu yang kawannya akan keluar rumah (berpindah) pada hujung bulan Oktober. Rumah tu pula nak kata jauh tu, tak lah sangat. Masih munasabah dengan jarak ke tempat kerja dia dan saya. Cuma, mungkin perjalanannya agak crowded. Bertahan lah buat masa sekarang.

Saya punya impian untuk tinggal di rumah bawah. Maksudnya buka pintu, nampak kereta depan rumah. Alasannya, senang nak basuh kereta pada hari minggu (boleh terima tak?). Dah puas tinggal rumah tinggi, kena tunggu lif dan terpaksa memanjat tangga jika lif rosak. Fahamlah, maintenance lif mahal. Tambahan pula, apartment sekarang mana nak cari bawah RM800. Flat ada lah, tapi saya rasa seram melihat flat yang tidak terjaga. Dindingnya tu macam rumah usang yang tak tahu ada manusia ke tak.

Jadi, saya pun pergi melihat-lihat sebuah townhouse. Situ area rumah baru sebenarnya, baru dalam 2 ke 3 tahun macamtu lah. Kawasan dia masih cantik dan terjaga, tak ramai orang sangat dan ada guard jaga untuk masuk ke dalam kawasan  rumah tu. Kalau range harga sekarang saya survey dalam 1000 macam tu, tapi guess how much saya dapat untuk sewa situ? Tak sampai 700 ye!! Itu harga masa kawasan tu baru buka dan kawan Azman kautim dengan owner kata adik dia yang nak masuk. So harapnya owner masih kekalkan harga tu sampai bila-bila. Walaupun rumahnya kosong, tapi berbaloi daripada masuk rumah yang siap renovate dengan bayaran lebih 300 setiap bulan. Kenapa harus bayar so much untuk menampung rumah orang punya renovation? That's my point lah. Lega rasanya dah dapat jumpa rumah sewa. Settle satu kerja.


Okay, ni gambar rumah area situ. Inilah townhouse nama dia. Nampak satu rumah double storey kan, tapi cuba tengok betul-betul sebiji rumah tu ada dua pagar. maksudnya satu rumah ada dua keluarga. Tingkat atas dan bawah.



Ini ruang tamu rumah bawah.


  Yang ni rumah atas. Nampak macam karut sikit rekabentuk dia, tapi saya tak pasti macamana yang sebenarnya sebab saya tengok rumah bawah sahaja.




**Gambar diambil dari OLX dan iProperty

Friday, August 3, 2012

Memburu Penghisap Darah

Salam.

Korang lena ke tidur malam tadi? Saya memanglah lena. Tapi sejak akhir-akhir ni asyik tidur lewat je. Sebab setiap hari ada projek memburu sebelum tidur. Bedbug! Pijat! Lipas! Eh, bukan lipas tapi pepijat. Betul. Tak tipu. Tapi, saya lebih lega lagi dapat tahu yang binatang kadang-kadang hitam kadang-kadang coklet tu bukan lipas. Sebab SAYA SANGATLAH TAKUTKAN LIPAS titik! Macam mana saya boleh tahu ianya bukan lipas? Saya pergi jumpa pakar lah, dan tanya pasal tiga ekor anak lipas yang saya jumpa atas tilam. Sekelip mata dia hilang. Kemudian saya jumpa semula seekor lagi warna hitam. Saya lenyek(macam tepung pula) dia dengan remote control kipas. Disebabkan saya sangat anti lipas jadi saya peka bau lipas macamana. Tapi yag ini bau lain macam. Macam kumbang. Saya report pada pakar, dia beritahu "tulah pijat nama dia". OMG. Lepas dapat tahu je terus saya mendapat keberanian untuk memburu pijat bersama telur-telurnya yang macam telur lalat tu. Saya scan sekeliling pelipat tilam. Memang banyak telur dia! Apa lagi, seronok la meletup-letupkan semua. Tapi, malam tadi saya diserang lagi dengan pijat yang agak kecik dari yang pertama tu. Ni mesti anak dia yang kecik conet tu dah besar sikit. Nampaknya setiap malam saya kena sentiasa memburu pijat. Bilalah nak beli tilam baru ni. Tapi kena tunggu pindah rumah la baru beli. Kalau tak, proses perpindahan tu kan kena usung tilam tak berbalut. Mungkin akan dicemari sekali lagi. Pagi ni saya research sikit pasal pijat ni, namun tiada yang dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut pasal pijat, saya jumpa blog si Pijat Hunter ni. Eh, lupa nak bagitahu, saya juga jumpa pijat banyak dekat sekeliling dinding. Dia sangat halus jadi anda harus tenung betul-betul baru jumpa. Kelihatan sangat gigih di situ ye. Bye!


Buat tatapan bersama