Monday, April 30, 2012

Saya Tunangan Orang


Cop! Testing..testing..Ehem! Kenapa rasa nerbes semacam ni dengan blog ni. Ayy.. Sejak bila dia tukar "look"?? Oh, ini mesti sindrom orang selalu dump blog ni. Ke, semua orang pon .... *blushing*



Hai! Haritu dah janji nak comeback after 'the date' kan? Here I am! Ke mana saya pergi selama ni? Ke dunia baru iaitu...




"DUNIA TUNANGAN ORANG"



Jika ditanya "apa perasaan jadi tunangan orang?" Saya dengan selamba akan jawab "takda rasa apa-apa pun". Kenapa begitu? Entahla, mungkin kerana terlalu lama kami berkawan, telah lama juga kami mengambil berat antara satu sama lain, jadi status TUNANGAN itu tidak memberi effect kepada kami dan tidak lain hanyalah untuk ikatan keluarga kedua pihak. Oh, yang itu saya nak tukar jawapan. "I'm excited to have them met each other. Thank you". 

Hah, mungkin  juga akan mengambil sedikit masa untuk biasakan diri dengan menggelar si dia sebagai "my fiancee" atau bahasa orang kite "tunang saya". Nampak macam sopan sikit kan instead "my bf". Baiklah, saya bertambah GEMBIRA untuk point yang ni. 

Disebabkan perasaan gembira itu, saya nak share gambar kegemaran saya pada hari pertunangan 8 April 2012 :)








 




 

Enak kan menikmati gambar orang lalu komen sendiri. Hehe. Bye!


Wednesday, April 4, 2012

Pencarian Job Postponed


Nampaknya semakin lama dump blog ni, semakin malas untuk menjenguk kan? Umi tolong buat keje berterusan boleh tak? Boleh. Tapi, pencarian keje untuk post lepas, terpaksa postpone atas sebab ada prior event. Apa dia?Hm.. Belum sampai masanya mana boleh kecoh. Apa pun, diharap semuanya lancar dan tolonglah jangan berdebar-debar sangat pada hari tersebut ye Umi. InshaAllah..

Jumpa lagi untuk post selepas tarikh di atas :)

Tuesday, March 6, 2012

Pencarian Job Baru

.JOB.
(Yes, u need new job)
Walaupun saya jenis orang paling malas nak pergi interview, tapi saya still kena go through proses cari kerja baru dan berdebar-debar tunggu panggilan interview, kemudian praktis sambil baring2 sebelum tido yang pada hakikatnya tak pernah terkeluar pun di hari interview tu sendiri. Tapi takpe, itu cuma satu cara Umi nak mempastikan dirinya telah bersedia melonggarkan otot2 mulut untuk banyak bercakap (sebab dia sangat pemalu nak berborak dengan orang asing).
Namun, pencarian ni sebenarnya tak semudah mulut berkata-kata, sebab dia punya "kerjaya mimpi" tersendiri. Nak kerja dekat office yang besar dan cantik, privacy terpelihara dan punya cubical sendiri, yang bila orang lalu pon tak perasan (kecuali orang tu meninggalkan kentut).
Dan yang paling payahnye... ni hah..
Bukan dia takda kasut stilletto untuk ke office, tapi dia tak berminat kerja dalam apa-apa bidang kecuali DESIGN. Ya, memang teruk budak ini. Pengalaman tak sampai setahun jadi creative executive, dah demand nak kerja bidang tu aje. Baiklah, tukar minda. Kau harus buka mata terhadap semua kerja yang kau rasa kau boleh dapat. Namun, hati masih berat sebelah nak design juga. Ok, fine. Semoga berjaya.

Wednesday, August 24, 2011

Saya sayang *baby blue*




Ni bukan nak cerita pasal jam GA blue ke apa, tapi ni cerita penantian 2 bulan yang sungguh menyeksakan. Sejak bulan Jun saya dah setel segala agreement pinjaman untuk ambil baby blue sebagai anak angkat. Saya nak perkenalkan kat sini, Mr Zack, orang tengah antara saya dan anak angkat yang menguruskan proses pengambilan anak angkat saya cawangan Sri Petaling. Mulanya saya ni begitu teruja lah dan percaya Mr Zack mampu setelkan semuanya on time. Sebab tengok blognya bukan main lagi. Carilah pengedar yang tepat, bla bla bla.. Sebelum bersetuju pun, saya dah double confirm dengan Mr Zack ni kalau dia boleh serahkan anak angkat tu awal bulan 7. End up, every week saya follow up dengan dia, jawapannya NEXT WEEK yang kalau diteruskan, tak tahu sampai bila. Mulanya fine, as long as still bulan 7. Masuk je bulan 8, saya dah mula fed up lah. Saya pun cepat cepat cari pengganti anak angkat yang lain di area lain. Inform cancellation pada Mr Zack ni sebab service dia memang worst, dia pun naik angin tak memasal. Tanpa minta maaf, mengatakan saya customer yang low attitude. Do I care? My money, I choose laa. Terus aje kensel agreement bulan 6 tu, suruh tukar pada area baru, pengedar baru di Klang. Even belum ada stock anak angkat kat situ, namun orang ni cekap dan cepat buat kerja. Saya tabik lah. Everyday saya follow up pon, dia bg jawapan yang ada rasionalnya. Dan hasilnya, baby blue sayang sudah di bawah jagaan saya, kawan kawan. Saya sungguh teruja !! :) Oh, berkenaan nama *baby blue* tu, ada orang kata bunyinya macam luc**. Dia mencadangkan kita namakan mengkarung biru, sebab confirm takda orang guna nama tu. Saya kan tak suka sama dengan orang lain T_T". Tapi sekarang dah dapat nama baru iaitu Mr Bean ^__^


Mr Bean having very first bath :")


Saturday, August 13, 2011

Quick Update Umi



Salam semua. Setelah lama saya menyepi, kini saya kembali. Banyak perkara penting yang terjadi sepanjang penyepian saya selama hampir 3bulan ni. Antaranya...












Banyak kan? Namun saya masih terlalu sibuk untuk update semua ini. Dan ada juga yang masih memerlukan pertimbangan lebih sebelum memulakannya. Nampak rumit kan? Itulah lumrah hidup saya pada masa ini. Sekian dulu. Selamat meneruskan ibadah puasa :)




Sunday, May 22, 2011

DRIVING TEST [tambah] TEST DRIVE



Harini the last day saya belajar driving. Berfelus-felus drive kancil diorang ni even ada econ macam kipas helikopter. Bro Arif take over class saya harini. Oh, walaupun dia macho berkaca mata hitam, namun saya cukup tak puas hati dengan cara dia mengajar. Keep asking me, dah hafal jalan belum? Takkan tak ingat langsung dekat mana nak kena tukar lane, dekat mana nak tukar gear?? Saya dah cakap saya memang TAK BOLEH HAFAL. Itu bukan cara saya belajar! Saya kena tahu SEBAB apa nak kena tukar lane, sebab apa nak tukar gear.



Patut ke seorang instructor memaksa anak didik dia belajar ikut cara mereka? NOPE, never do like that, ye kawan kawan. Untuk menjadi seorang INSTRUCTOR berjaya, WE SHOULD TEACH AT THEIR OWN PACE. Jangan memaksa. I was too stressed dengan Bro Arif ni. He really couldn't be my instructor. And then comes Bro Farid bertanya level confidence saya. Shamelessly, saya menangis sebab terlalu stressed, and at the end, tak dapat apa-apa. Bro Farid ni instructor asal saya yang selalu bagi semangat, praise me everytime saya berjaya lepasi apa-apa yang dia ajar. End up, dia take over saya balik. And terpaksa saya tambah kelas untuk menimba dari Bro Farid semula. Hayy.. Tomorrow will be my JPJ test. Pray the best for me ya!



Oh ya, petang selesai kelas driving, saya bergerak ke Kota Damansara atas sebab appointment dengan seorang aunty. Cewah appointment bagai. Tak lah, sebenarnya saya nak pergi test drive Honda City. Wah, saya dah pandai bawak kereta AUTO transmission tadi! What can I say, HONDA CITY is the BEST!! Very smooth driving, and enjin diam gitu. OMG, saya rasa SAYA JATUH CINTA DRIVE PERTAMA ^____^




SUKA CUSHION DIA CANTIK



BACK SEAT DIA AGAK TINGGI, BOLEH LIPAT IF SUKA PERGI IKEA ^^




AND SO SURPRISED, BONTOT KECIK TAPI RUANG BOOT DIA LUAS SANGAT!!


MEMANG BERBALOI BALOI....
I HOPE THIS WOULD BE MINE ONE DAY ^__^

Monday, April 25, 2011

KOMPUTER@KIDS ON 2 VERSI HANCUS



Ohh... terlalu rindu untuk abaikan UMIISSAYA selama sebulan! Jam 3.24 am sekarang tapi masih lagi terlalu ego untuk tidur sebab BESOK CUTI!! Maafkan saya sebab dah buat awak awak jealous :D Baiklah, sempena hari ini berniat nak puasa, saya dengan baik hatinya nak share dengan awak awak semua pasal kejadian tahun lepas 2010.




Tahun lepas pernah terlibat dalam casting TV show untuk kanak kanak. Pernah dengar tak Kids on 2? Kalau tahun lepas dia tayang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tahun ni pula tak tahu bila. Tapi yang pastinya dah takda segmen Komputer@Kids On 2. T_T




Okey, saya masa tu cuma casting aje. Bersama seorang lagi teacher Futurekids. Selesai 4 slot saya buat, akhirnya teacher yang seorang lagi tu terpilih. Siapalah saya. Heee.. Gedik kan nak sedih pulak. Sebenarnya nak cerita pengalaman ni, perasaan nak casting tu sama je macaam perasaan saya nak exam. Sangat tak suka perasaan tu T_T






Yer..yer. Saya tahu sangat huduh saya masa tu sebab tak pandai cakap. Nak buat macam mana, saya bukan pemidato sekolah, bukan ketua pengawas, even pengawas pun bukan.

Okey, meh nak cerita ni. Sebelum camera on, kami diberi masa dalam 10minit aje untuk mencipta skrip bersama (cikgu dan pelajar). Dengan cameraman kat depan kau ramai gila dok menunggu, siapa tak gelabah dik non oii. Ingat kau ni artis ke? Dan kau tahu apa yang paling mencabar sekali pada Cikgu Umi tu? Bila nak kena translate habis semua ayat from english to Malay! Omaigosh! Awok dah la biasa mengajar in english aje. Button=butang? butang baju ke? Sudahla gemuruh gila depan kamera, kena hafal skrip BM pula. Kalau awok perasan, saya ada tersebut "the software" suddenly dalam tengah dok cakap melayu tu. T_T



Rancangan selama 2minit mengambil masa 2 jam untuk shooting? Sangat huduh perangai ye cikgu umi. Namun, segalanya dah berakhir. Saya tidak akan sekali lagi berkecimpung dalam bidang ini. Dowant dowant!



Dah taknak cakap lagi. Bye!