Sunday, September 12, 2010

Ini Raya Saya Tahun Ini

Tup tap tup tap dah raya ke 3 rupanya. Seperti janji yang termaktub dalam Annual Leave form esok raya terakhir di Taiping. Tapi tipu! Bukan esok raya pun, petangnya dah kena balik KL. Thats why I taknak cuti awal. Kata Umi kepada bosnya. Tak kisahla, janji kena pandai maksimumkan raya yang sangat kontot ni.

Raya pertama ni kembali ke zaman boria dulu kala. Masa kecik kecik dulu mak suka beli baju sepapan boria 3 orang dgn kakak-kakak. Bila dah besar sikit dah pandai menjawab dan

mengkritik pilihan mak, okay mak setuju beli baju corak lain-lain. Masa tu pilihan baju asyik biru tak pun purple. Sekarang dah besar tiba-tiba mak pun teringin nak hayati perasaan berboria di pagi raya maka mak pun beli sepapan lagi untuk 4 orang pulak. Okay mak try la tengok best tak bestnya boria. Nak pergi sembahyang raya pun mak sanggup pakai baju lain dulu dan kakda pakai telekung sembahyang lengkap dengan kain sekali takut orang nampak sama dengan baju saya yang suka tayang terus tak bertutup-tutup dah.

Kau kenapa Umi nak protes ke

Raya kedua tak sempat berbaju raya pun, pagi pagi lagi budak budak jiran tetangga datang kutip duit raya. Eh, tak baik cakap cenggitu kau. *zip mulut* Tak diorang datang nak beraya lah. Ada 3 trip kot budak budak datang. Petangnya pulak rombongan meminang datang. Amboi amboi kau. *alamak* Tak rombongan lelaki datang beraya lah. Dan malamnya macam tahun tahun sebelumnya aktiviti BBQ family harus dijayakan. Lokasi, seperti biasa rumah makngah pakngah la siapa lagi.
Kekecohan di dapur makngah.

satay kambing Pak Lan


Abah menselimutkan ikan sayang
Serannnggg!!!!
Hari ni ada kenduri orang alim. Pengantin perempuannya bertudung labuh lagi. Kagum. Inilah orang alim sebenar tiada pengecualian dalam agama. Habis kenduri, baru teringat nak snap gambar dengan baju raya berlatarkan rumah baru direnovatekan. Baru tak baru sangatlah tapi saya rasa cantik dan selesa.

Tengoklah mak abahnya dulu, baru tengok anaknya kat bawah T.T

artis masih baru

artis mula menyesuaikan diri

artis sudah mula liar

artis ini harus di'ban' serta merta.

*
*
*
Jemput masuk rumah. Sila sila.

Abah teruja dengan idea Umi

Artis mula berlagak dan sombong

Biskut raya yang tak patut ditunjuk

yey! duit raya!!


SELAMAT HARI RAYA semua !!!



5 comments:

Moumo said...

sportim gle mak pak kaw bebe
sonok je
hahah

DyaClarey said...

dolu2 mase muda mereka xda geng nak berposing. Skrg...lu pikir la seniri..hehe

natasya merican said...

cantek header baru. buat kt aku satu :)

DyaClarey said...

buat boleh. tp ada harga :)

natasya merican said...

wah, bisnes2 da kamu ye. diskaun ar. kwn2...