Alhamdulillah, tarikh 19 Disember 2012 kami suami isteri officially dah boleh mulakan hidup bersama sebagai sebuah keluarga baru. Barang-barang pun dah selesai angkut malam tu. Syukur. Penantian selama dua minggu berakhir. Alkisahnya begini. Kebetulan saya dan suami pergi ketuk pintu rumah bujang saya dulu, tiada orang berjawab. Almost everyday selepas kerja kami pergi dan tiada hasil. Akhirnya semalam, bila kami hampir down lepas ketuk bertubi-tubi, lalu menunggu lif untuk balik rumah, kebetulan terserempak dengan penyewa rumah di depan lif. Saya pun apa lagi terus tegur dan cakap nak angkut barang malam tu jugak padahal lori tak panggil lagi. Dan suami pun setelkan tanggungjawab untuk panggil lori dan-dan tu jugak. Walaupun harga lori sewa dah meningkat dari dua minggu lepas, daripada RM150 ke RM180, kami nekad nak angkut juga malam tu. Nasib kami bertambah baik bila tokey lori tu cakap "sekarang boleh angkut". Lagi mudah kerja boleh terus angkut dan balik rumah. Yay!
Rumah kami. Kereta kami. Suami saya :)
Part yang menarik hati saya dekat rumah ni. Grill dia cantik :')
Walaupun bersepah, kami dah mula masak-memasak makan malam.
InsyaAllah, bila saya selesai clearkan ruang dapur yang penuh dengan kotak-kotak barang perpindahan, saya berhajat untuk adakan "not-so-housewarming party". Mungkin perlu adakan berperingkat sebab rumah tak besar sangat dan lebih mudah untuk melayan sanak saudara dan rakan-rakan.
Ruang bersantai dah setel. Cuma siaran TV tak cantik,
jadi kena pasang ASTRO lepas ni.
Oh, frame gambar hiasan tajaan sahabat baik Siti & suami serta Milan.
4 comments:
gril cantik? Taklah cantik sgt..biasa jer grill jenis tu..murah punya
gril cantik? Taklah cantik sgt..biasa jer grill jenis tu..murah punya
Cantik tu subjektif ye pakcik zack... cantik di mata saya, tak di mata pakcik... Lagi satu, barang murah tak semstinya x cantik, brg mahal tak semestinya cantik :)
Ada aku kisah? Hahaha
Post a Comment