
Dia dah berputik! Sekali dua terus keluar. Oh, bahagia sungguh! Macam dapat anak kembar pulak. Oh, sebelum cik-cik sekalian tercengang ntah apa la minah ni merepek sorang-sorang, saya ada beli kaktus macho. Duri dia begitu rakus dan ganas kelihatan. Kenapa saya beli kaktus ni? Kaktus ni sebenarnya untuk peliharaan En.kumbang. Namun, atas alasan masih belum bersedia untuk menjadi bapa, maka, En.Kumbang meneruskan zaman bujangnya tanpa si Kaktus merbahaya di sisi. Jangan risau En.Kumbang, hak jagaan masih menjadi milik awak :)


Seterusnya, saya sekali lagi nak cuba menyemai kasih terhadap tumbuhan. Cerita bermula ketika Kak Ida officemate heret saya ke IKEA. Pusing punya pusing saya cuma ada budget untuk beli kaktus je berharga RM3.90. Ternampak pula si mickey mouse cute dua ekor. Saya yang dah mula agak matang dan sedar bahawa "kaktus kena letak bawah matahari jugak la ngek" mula la tercari-cari port yang bagus untuk si tikus kembar. Tingkap! Yes! Macam cantik letak atas para luar tingkap.






2 comments:
hi!This was a really magnificentsuper blog!
I come from roma, I was fortunate to search your Topics in google
Also I get much in your website really thank your very much i will come later
hi! thanks for your support. Do visit again :)
Post a Comment