Cuti hari minggu kali ni terpaksa
berkurung diri dekat rumah aje dengan suami. Sama je saya ke, suami ke, dua-dua
orang kena perintah berkurung sebab dah hujung bulan. Heee. Dompet masing-
masing tinggal note sekeping dua aje jadi faham-faham sendiri lah. Sebagai
penjaga akaun keluarga yang tak dilantik, saya dah buat kira-kira lebih awal
untuk menjadi chef di rumah. Ya lah, buat apa makan di luar kalau belanjanya
jadi double dari makan di rumah. Cadangan diajukan kepada pengetua, namun
pengetua bercadang untuk keluar makan di luar. (T_T ) Gagal pulak dah! Ok,
takpe, masih lagi boleh berjimat bila pengetua ajak makan di ‘port panas’ dekat
UPM. Bajet masih boleh dikawal iaitu dua kepala RM10 termasuk air, lauk
berbagai jenis. Fuh fuh! Tapi, dek kerana godaan filem Istanbul, aku datang!
yang tengah ditayangkan di laptop merah hati comel auww, dua-dua orang terbabas
untuk keluar makan jam 1. Demm! Dah pukul 2 baru terkedek-kedek nak pegi
bersiap. Dah siap tempek bedak doremon aje, suami macam tak percaya yang saya
dah bersiap. Ditanya pula mana celak dan gincu. Jadi terpaksa ambil lebih masa
untuk mengaler. (Huhuhu.. Habis lah lauk) Sampai aje di port panas kami, nasi
sudah habis jadi kena tunggu nasi yang baru tengah masak. Sambil menunggu,
ronda-ronda pusing keliling lauk, masing-masing cari something yang
memanggil-manggil kami untuk makan situ. Kecewa. T__T Sup kaki dah habis! Terus saya bagi cadangan
dengan muka sedih, bungkus jelah lauk untuk makan malam sekali, kita makan di
rumah. Cadangan diterima. Yess! Jadi kami mencedok kari daging untuk 4 kepala
makan, dengan hati dan pedal masak kunyit yummeh! Guess what, harga untuk dua
lauk itu hanya RM6. Kau kira lah berapa untung makan tengah hari dan malam
berdua hanya RM6?? I am sooo like this. Balik rumah, cepat-cepat masak nasi dan
kopek ikan bilis untuk goreng bersama bawang dan cabai kering. Sedap sangat
okey! Suami request untuk malam sekali.
Heee.
Masuk hari Ahad pula, saya agak
lemau dan asyik merengek macam bayi tengah kembung perut, Haa. Betul la saya
lah baby yang kembung perut ditambah dengan penyakit orang besar sikit.
Gandingan hebat untuk tidak bangun mandi pagi-pagi. Suami bangun dan mandi,
saya cuma request dia belikan pain-killer. Susah sangat saya nak request beli
ubat-ubat ni. Tapi ni tahap gaban punya sakit, jadi suami pun keluar mencari
ubat dekat myMydin, Speedmart. Dua-dua tak ada. Baru sedar lokasi rumah ni jauh
dengan farmasi. Jadi suami pun pergi merata tempat semata-mata memenuhi
keinginan si baby ni. Baby is sooo touched! Hampir jam 12 barulah si suami
pulang berbekal sup kaki dan bebola goreng masak kicap serta ulam-ulaman
bersambal belacan. Belanja untuk lauk tersebut hanya RM10. Itu pun sebab si
suami memenuhi hajat si isteri kampung yang teringin makan petai sejak sehari
sebelum tu lagi. Jadi harga ulam petai sahaja dah RM2.50. Sakit-sakit macam tu
bertambah selera nak makan pula. Tak cukup dengan tu, suami goreng telur dadar
lagi. Saya kagum dengan teksturnya. Pandai suami saya. Alhamdulillah, suami
begitu ringan tulang bila isterinya jatuh sakit. Syukur juga masih diberikan
rezeki yang mencukupi.