Monday, May 21, 2012

Ke-FOBIA-an ku


Rasanya setiap orang pasti ada benda yang buat dia FOBIA. Fobia adalah sejenis anxiety disorder. Tapi, biasanya fobia ni haruslah datangnya dari pengalaman hidup yang kita tak expect, betul tak? Ada yang fobia dengan tempat tinggi, air, dan ada jugak yang fobia dengan darah. Asal nampak darah je dia nak pitam. Kesian. 

Saya pula, baru dapat satu jenis fobia ni, nama dia Agrizoophobia, iaitu fobia dengan haiwan liar. Sekarang ni, asal nampak MONYET, atau anjing yang biasa berkeliaran dekat kawasan rumah, mesti saya dah bayang binatang tu nak datang dekat saya dan gigit kaki. Uwaaa..! Memang ngeri untuk imagine kejadian tu. Tapi, saya dah pun lalui detik-detik digigit cik M tu. 


Kejadian berlaku masa saya sedang menunggu Mr.Bean dimandikan dekat satu car wash ni, agak ke belakang juga lokasi dia. Bersebelahan hutan. Masa drive masuk ke area car wash tu, melintas lah Cik M ni depan kereta saya. berhati-hati jugalah takut terlanggar dia. Masa turn Mr.Bean mandi, keluarlah duduk di tempat menunggu sambil menonton Cik M beraksi menrosakkan vacuum cleaner. Mula-mula ingatkan diorang bela Cik M ni. Tengok siap tak bertali lagi, konon macam jinak lah. Rupanya dia tu penceroboh yang orang lepaskan kat area situ. Dah puas bermain, tengok macam nak beralih arah je, semua orang pun masing-masing berjalan ubah tempat menunggu. Jauhkan diri dari Cik M. Saya follow lah, apa lagi. Berjaya, Cik M pergi ke area car wash, panjat tangki air. 


Puas main dekat tangki air, Cik M pon beralih arah. Cik M mula merangkak ke arah tempat aku menunggu. Orang lain dah perasan lama, maka diorang sudah mula berpindah. Tinggallah saya yang naive ni dengan seorang lagi mamat yang macam busy dengan fon call aje. Saya tengok Cik M makin mendekati saya, masa tu mula rasa takut dan tak tahu nak lari ke, nak stay. Kalau lari sure dia kejar. Kalau stay, lagi lah tak tahu dia target kat mana. Cik M makin hampir, saya konon-kononnya nak buat cool lah jalan je depan dia, sekali dia NGAAAPP! betis saya yang berseluar jeans masa tu. Sorang bangla ni baru lah nak bertindak ambil kayu dan buat-buat nak ketuk Cik M, lalu dia lepaskan kaki saya. Tapi segalanya dah terlambat, seluar pun dah ditembusi gigi karat Cik M tu. Maka, ke klinik lah tempat saya. 


Ape?? Haruslah menangis beb. Terkejut kot. Mr. Bean pun tak sempat habis kena lap, terus gerak ke klinik. Walaupun dapat cuci kereta FREE, namun tak balik modal perubatan betis. Kena inject dan ubat-ubatan total harganya dah RM 85. Besoknya, kena cuci luka lagi, dah RM25 lagi. Doktor suruh datang cuci luka kali kedua, poket berkata NO! Barbalutlah kaki selama 4 hari. 



Demikianlah al-kisah Agrizoophobia saya. Sob. Sob.

Sunday, May 20, 2012

Petang Ini Nyaman Sekali

Assalamu'alaikum.


Petang yang nyaman ni, baru teringat nak masak. Actually bangun tidur tadi dah goreng frozen samosa dengan side dish buah-buahan. Kenapa tiba-tiba rajin makan buah ni? Biasalah, ada masa, sistem penghadaman kita ni tak berfungsi dengan baik kan? Begitulah al-kisahnya semenjak 2,3 hari ni. Kesian saya. So, dah petang sikit baru lah nak rajinkan sikit tangan ni menggoreng kueytiaw kicap ala2 kueytiaw DOLI yang so-called famous kat Taiping tu. Kerang takda, fishcake je pun jadi lah. Orang bujang. 





Ok lah, Selamat menjamu mata! Saya nak menjamu selera yang tak berapa nak ada ni.

Friday, May 4, 2012

Mahukan Internet Serendah RM25/bulan??




Ini betul-betul punya! Tak tipu,juga  takda footnote ye. Pernah dengar skim SKMM Komputer 1 Malaysia? Kalau dulunya, menggunakan simkad Celcom kan. Now, MAXIS pun baru keluar. Dan sudah pastinya harga masih lagi reasonable. Kalau di cari2 simkad Celcom tu dekat google, mostly harganya dah melambung-lambung kan? Sebab ape? Jumlahnya terhad. Jadi, bagi yang berminat nak dapatkan simkad Maxis ni, cepat-cepatlah bertindak sekarang sementara harganya rendah. Roger I nanti ye. Heee. 

Okeylah, kalau nak tahu tentang projek SKMM ni, saya takleh nak jawab lebih lah, sebab saya sendiri pun tak rajin nak buang kredit phone untuk tanyakan kesahihannya. TETAPI, dalam sim pack Maxis ni sendiri ada state nama "SKMM". So, no harm using, kan? 

Benefitnya??

Seperti yang diketahui umum, internet ni dibayar secara PREPAID - bayar dulu, baru guna. Berbeza dengan broadband yang biasnya orang guna, guna dulu, bayar kemudian. Terlebih pakai, x larat bayar bil. End up, terus POTONG. Lebih malang, nak potong, belum habis kontrak. Akhirnya, blacklisted (yeke? mana tahu, aku tak pernah guna. hehe) 

Jadi, pada yang tidak gemar untuk ber'shopping' secara kredit, tiru lah macam saya. Dapatkan Prepaid Internet. Bukan setakat prepaid biasa, tapi ini yang murah punya. Tiap bulan bila nak guna, topup RM25 sahaja. TETAPI, bagi yang sangat sukakan maaduu.com ataupun pengunjung setia syok.org, maintenance anda tinggi sikit ye, tambah lagi RM10. Lepas tu, tak payah tido, online 24jam, ok. Ambik kau! 

Berminat nak tahu lebih lanjut, tanyalah dengan lebih lanjut. Heee..